Pemandu maut lori terbalik dilanggar MyVi
Pemandu maut lori terbalik dilanggar MyVi - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

KOTA KINABALU: Seorang pemandu maut apabila lori yang dipandunya terbabas lalu terbalik selepas dilanggar dari belakang oleh kereta MyVi di Kilometer 10, Jalan Tuaran di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai David Liwas, 42, terbunuh di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Pemandu kereta berumur 24 tahun itu turut mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M Chandra, dalam kenyataannya hari ini, berkata siasatan awal polis mendapati kemalangan mungkin berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang dipercayai memandu laju dan mengekori rapat lori itu sebelum melanggarnya.
- BERNAMA
Pautan berita penuh dan bergambar di di Pemandu maut lori terbalik dilanggar MyVi. Wardah Berita dan Informasi Pemandu maut lori terbalik dilanggar MyVi diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Pemandu maut lori terbalik dilanggar MyVi
Reviewed by Bellicose
on
5:20 PM
Rating:

No comments: