Top Ad unit 728 × 90

P8 tingkatkan pertaruhan Huawei dalam segmen telefon pintar

P8 tingkatkan pertaruhan Huawei dalam segmen telefon pintar - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

P8 tingkatkan pertaruhan Huawei dalam segmen telefon pintar

SINGAPURA: Huawei menetapkan standard yang lebih tinggi dalam pasaran telefon pintar dengan pelancaran ikon model eksklusif terbaharunya Huawei P8 untuk pasaran rantau ini.

Susulan itu, gergasi teknologi China terbabit mengumumkan Huawei P8 akan mula dipasarkan di Malaysia menjelang pertengahan bulan ini dengan pra tempahan kini dibuka sejak semalam hingga 17 Jun nanti.

Bagi pasaran Malaysia, P8 dipasarkan pada harga RM1,799 seunit manakala model peranti mudah alih lain yang akan turut ditawarkan termasuk Huawei P8lite, Huawei TalkBand B2 dan Huawei Watch.

Ketua Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu, berkata pasaran Asia Pasifik terbukti sangat penting kepada kumpulan, justeru pihaknya bersedia membawa peranti pintar itu ke pasaran serantau hanya selepas dua bulan pelancaran globalnya.

"Kumpulan menetapkan strategi pemasaran yang lebih fokus untuk pasaran Asia Pasifik khususnya Malaysia dalam usaha meningkatkan kesedaran jenamanya kepada 80 peratus menjelang 2016 berbanding 70 peratus kini," katanya ditemui pada Pameran dan Persidangan Teknologi B2B, CommunicAsia 2015 @ Singapore, di sini, hari ini.


Pautan berita penuh dan bergambar di di P8 tingkatkan pertaruhan Huawei dalam segmen telefon pintar. Wardah Berita dan Informasi P8 tingkatkan pertaruhan Huawei dalam segmen telefon pintar diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
P8 tingkatkan pertaruhan Huawei dalam segmen telefon pintar Reviewed by Bellicose on 6:19 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.