Top Ad unit 728 × 90

Kim Swee buat perubahan hadapi Vietnam

Kim Swee buat perubahan hadapi Vietnam - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Kim Swee buat perubahan hadapi Vietnam

mkhairil@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dikejutkan Timor-Leste pada aksi pembukaan Sukan SEA 2015 di Singapura, Sabtu lepas, pertembungan menentang Vietnam, malam ini seharusnya membuka mata skuad bawah 23 tahun (B-23) negara.

Sekalipun dicanang mampu menang mudah bertemu jiran baharu serantau Asia Tenggara itu, hanya satu gol berjaya membolosi gawang Timor-Leste.

Malah, skuad negara turut dikejutkan dengan insiden 'tidak profesional' ditampilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Ia jelas memberi pengajaran buat skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu lebih-lebih lagi, Vietnam boleh dianggap pencabar utama dengan keampuhan mereka diakui sendiri jurulatih berusia 44 tahun itu.

"Vietnam kuat di sebelah kiri dan untuk perlawanan ini kita akan membuat perubahan," kata Kim Swee.

"Sudah pasti kita mahukan tiga mata penuh tetapi lebih penting adalah tidak melepaskan gol."

Apa yang pasti, tugas sukar menanti skuad negara dengan Vietnam sudah pun mempamerkan belangnya ketika membelasah Brunei 6-0 pada perlawanan pertama.

Sekalipun ia bukanlah rekod yang harus digeruni, namun Kim Swee berharap ia menjadi peringatan kepada pemainnya.

"Saya sudah lihat video perlawanan membabitkan Vietnam. Apa yang mustahak kita mengenal pasti pasukan lawan dan individu (pemain negara) yang mampu melaksanakan strategi untuk perlawanan ini.

Dibimbing jurulatih kelahiran Jepun, Toshiya Miura, Vietnam dua tahun lalu pada temasya sama di Myanmar turut mencatat kemenangan besar pada perlawanan pembukaan dengan membelasah Brunei, 7-0.

Begitupun pada aksi terakhir peringkat kumpulan, mereka dikecewakan Malaysia dengan kekalahan 2-1 sekali gus gagal mara ke separuh akhir.


Pautan berita penuh dan bergambar di di Kim Swee buat perubahan hadapi Vietnam. Wardah Berita dan Informasi Kim Swee buat perubahan hadapi Vietnam diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Kim Swee buat perubahan hadapi Vietnam Reviewed by Bellicose on 2:04 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.