Top Ad unit 728 × 90

Kapal bawa 458 orang karam di Sungai Yangtze

Kapal bawa 458 orang karam di Sungai Yangtze - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Kapal bawa 458 orang karam di Sungai Yangtze

SHANGHAI: Sebuah kapal membawa 458 orang, kebanyakan pelancong warga emas, karam di Sungai Yangtze semasa ribut malam tadi dan hanya 12 mangsa diselamatkan setakat ini, menurut media China.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, Presiden China, Xi Jinping, mengarahkan segala tindakan diambil bagi menyelamatkan mangsa manakala Perdana Menteri, Li Keqiang sedang menuju ke kawasan kejadian di wilayah Hubei itu.

Xinhua, memetik kenyataan pentadbiran pelayaran Sungai Yangtze, melaporkan mereka yang diselamatkan dari kapal Eastern Star itu termasuk kapten dan jurutera yang menyatakan bahawa kapal berkenaan karam dengan pantas selepas terperangkap dalam ribut siklon.

Menurut akhbar People's Daily, antara mereka yang berada dalam kapal itu ialah 406 pelancong berusia antara 50 hingga 80 tahun dalam percutian yang diatur kumpulan pelancongan Shanghai serta 47 anak kapal.

Akhbar Hubei Daily melaporkan bahawa bahagian bawah kapal yang karam itu masih kelihatan di sungai di mana kedalaman air ialah kira-kira 15 meter.

Hujan lebat diramalkan hari ini, sekali gus menjadikan usaha mencari dan menyelamat semakin sukar.

Kapal Eastern Star dimiliki Chongqing Eastern Shipping Corporation yang turut mengendalikan pelayaran di kawasan Three Gorges sepanjang Sungai Yangtze. - Reuters


Pautan berita penuh dan bergambar di di Kapal bawa 458 orang karam di Sungai Yangtze. Wardah Berita dan Informasi Kapal bawa 458 orang karam di Sungai Yangtze diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Kapal bawa 458 orang karam di Sungai Yangtze Reviewed by Bellicose on 9:49 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.