Top Ad unit 728 × 90

Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Program biasiswa SPAN memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 untuk melanjutkan pelajaran dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Ijazah Pertama di universiti-universiti awam dalam negara. Menjadi impian SPAN untuk memupuk generasi muda yang holistik dan seterusnya melangkah ke alam kerjaya bagi memenuhi keperluan sektor kawalselia air dan pembetungan negara.

Biasiswa SPAN bukan hanya merangkumi yuran pengajian dan pelbagai elaun tetapi SPAN juga menyediakan program pembangunan yang diatur dan disusun bagi mengasah bakat kepemimpinan, kemahiran interpersonal dan pemikiran kritis pelajar sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Calon yang berjaya akan mendapat peluang untuk berkhidmat di SPAN selepas tamat pengajian kelak.

SPAN menawarkan biasiswa penuh dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Peringkat Ijazah pertama di universiti-universiti awam dalam bidang-bidang berikut:

  • Teknikal (kejuruteraan dan ukur bahan)
  • Ekonomi / perniagaan
  • Perakaunan dan kewangan
  • teknologi maklumat / data sains

Kos penajaan

  • yuran pengajian mengikut kadar yang ditetapkan universiti
  • Elaun seperti sara hidup, penginapan, buku, alat perkakas, tesis, latihan amali
  • Komputer riba diberikan sekali sepanjang pengajian

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon wajib memenuhi syarat-syarat permohonan secara umum dan khusus seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Aktif dalam aktiviti kokurikulum;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian sama.
  5. Calon-calon perlu memenuhi syarat-syarat khusus berikut;
  • Menduduki peperiksaan SPM 2020 yang dijalankan pada bulan Mac 2021 buat pertama kali;
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2020;
  • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A iaitu Bahasa Malaysia dan mana-mana 8 mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);
  • Memulakan pengajian peringkat Asasi/Matrikulasi sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

Mohon di

Borang permohonan SPAN

Maklumat lanjut di

Maklumat lanjut SPAN

Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah

Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Reviewed by Unknown on 12:16 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.