Top Ad unit 728 × 90

Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan

Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan

Komuniti Pembelajaran Professional  (PLC) kerap dirujuk sebagai sekumpulan  guru-guru yang bertemu secara kerap,  berkongsi pengalaman dan kepakaran  untuk mempertingkatkan kemahiran  pengajaran dalam usaha meningkatkan  pencapaian pelajar (DuFour et al. 2010;  Hord, 1997)

Pada 2 April 2010, GTP 1.0 meletakkan  pendidikan sebagai salah satu Bidang  Keberhasilan Utama Negara (NKRA). PLC telah dimulakan semenjak 2011 di  bawah inisiatif GTP 1.0 oleh BPG untuk  memastikan kelestarian kualiti guru. Kajian dalam bidang keberkesanan sekolah  mendapati bahawa prestasi pelajar  dipengaruhi oleh sistem sekolah yang  berprestasi tinggi yang didokong oleh A)Kualiti kepimpinan dan B)Kualiti guru

Pada 6 Sept 2013, GTP 2.0 telah melancarkan PPPM 2013 – 2020. Anjakan 4 PPPM untuk  mentransformasikan profesion  keguruan menjadi profesion pilihan  merangkumi strategi di bawah yang  berkaitan dengan PLC: A)Guru akan didedahkan dengan  budaya kerjasama dan  kecemerlangan professional B)Guru akan saling bekerjasama  dalam menangani isu dan  berkongsi amalan terbaik

Konsep Komuniti Pembelajaran  Profesional (Profesional Learning  merupakan salah satu pendekatan in-  situ untuk peningkatan  pembangunan profesionalisme  berterusan yang perlu dibudayakan  pada semua peringkat terutamanya  di sekolah.

Di peringkat sekolah terutamanya,  amalan kolaboratif dan perkongsian  dalam PLC akan mengubah budaya  guru dalam PdP untuk menjadikan  pendidikan lebih bermakna.

Antara elemen atau kaedah Professional Learning Community (PLC) ini adalah seperti LESSON STUDY, LEARNING WALK,  PEER COACHING, TEACHER SHARING SESSION, KAJIAN TINDAKAN, dan VIDEO CRITIQUE.

Lesson Study adalah amalan guru-guru secara KOLABORATIF : i.merancang dan menyedia satu Rancangan Mengajar ii.membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru iii.membuat refleksi terhadap PdP, dan seterusnya iv.mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Mengajar.

Learning walk pula ialah Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan  pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan  menggunakan protokol atau fokus yang spesifik. Walking through the school observing other teachers and  classrooms in action with a specific focus and a protocol

Peer coaching adalah satu permuafakatan antara guru dalam situasi yang tidak menilai antara satu sama lain berasaskan dialog reflektif dan kerjasama. Ia merupakan proses sulit di mana guru berkongsi kepakaran, memberi maklum balas antara satu sama lain, sokongan dan bantuan yang bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran melalui pemurnian kemahiran kini, pembelajaran kemahiran baru dan menyelesaikan masalah bilik darjah.

Teacher sharing session ialah Sekumpulan guru bertemu  secara kerap untuk  berkongsi amalan  pengajaran terbaik. Perkongsian bahan maujud seperti bahan  bantu  mengajar, laman   sesawang,  lembaran  kerja, rancangan  pengajaran  dan  skema pemarkahan. Seterusnya perkongsian bahan bukan maujud seperti amalan pedagogi seperti  amalan PdPC pengurusan murid,  pengurusan bilik darjah, kemahiran,  pengalaman dan lain-lain.

Kajian tindakan ialah Usaha guru untuk memperbaiki pengajaran mereka secara sistematik melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi (Kember & Gow,1992). Kajian di bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka meneroka isu-isu pengajaran yang mereka suka (atau tidak suka?) bagi menambahbaikkan amalan tersebut (Cochran-Smith Lytle,1990)

Video critique adalah menggunakan rakaman video sesuatu pengajaran untuk membuat analisa dan memberi pendapat dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman atau membantu ahli panitia dalam pembelajaran murid.

Berikut merupakan Koleksi Bahan PLC Professional Learning Community

Bahan lesson study PLC

Learning Walk PLC(bahan)

Bahan Peer Coaching untuk PLC

Bahan Teacher Sharing Session PLC

Bahan video kritik PLC

Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan  [ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan

Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan Reviewed by Unknown on 10:50 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.