Top Ad unit 728 × 90

Koleksi RPH TS25 Sekolah Menengah

Koleksi RPH TS25 Sekolah Menengah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Koleksi RPH TS25 Sekolah Menengah

Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Rancangan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar.

Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang penting dalam penulisan rancangan pengajaran dan pembelajaran ialah :

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) bermula pada tahun 2015, merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. TS25 kerana ia adalah proses untuk mentransformasi sekolah di seluruh Malaysia dilaksanakan secara berperingkat setiap tahun dan dijangka pada tahun 2025, semua sekolah menengah dan kebangsaan di Malaysia berada dalam program TS25 ini.

Bermula 2019, kebanyakan sekolah rintis akan melalui proses melaksanakan program transformasi sekolah 2025. Sekolah rintis dipilih sebelum program ts25 ini dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025.

Antara perkara yang ditransformasikan adalah penulisan rph dan pdpc di mana menggunakan elemen pembelajaran abad ke-21 PAK 21. Penggunaan elemen ini diharap dapat menggalakan lebih penglibatan murid dalam pdpc seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran. Objektif TS25 ialah: Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPC TERBAIK MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Berikut merupakan Koleksi RPH TS25 Sekolah Menengah. Walaupun tidak merangkumi semua mata pelajaran, namun boleh dijadikan panduan kepada rakan guru.

RPH BM tingkatan 1 TS25

RPH Bahasa Melayu Tingkatan 2 TS25

RPH Pend MOral Tingkatan 2 Ts25

RPH Sains Tingkatan 2 TS25

RPH Pend Sivik Tingkatan 3 TS25

RPH Biologi Tingkatan 4 TS25

RPH Fizik Tingkatan 4 TS25

RPH Sejarah Tingkatan 4 TS25

RPH Sains TIngkatan 5 TS25

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Koleksi RPH TS25 Sekolah Menengah appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi RPH TS25 Sekolah Menengah

Koleksi RPH TS25 Sekolah Menengah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Koleksi RPH TS25 Sekolah Menengah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi RPH TS25 Sekolah Menengah Reviewed by Unknown on 2:24 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Ada bahan TS25 untuk subjek Pendidikan Seni Visual ? RPH Tg1 Tg2 Tg3...mohon share

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.