Top Ad unit 728 × 90

Modul Ramalan UPSR 2017 Bahasa Melayu Penulisan KmjdA

Modul Ramalan UPSR 2017 Bahasa Melayu Penulisan KmjdA medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Modul Ramalan UPSR 2017 Bahasa Melayu Penulisan KmjdA

UPSR begitu hampir. Pada hari Isnin nanti, kertas peperiksaan yang pertama pastinya melibatkan kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan.

penulisan ramalan bm

Perkongsian kali ini melibatkan modul ramalan UPSR 2017 bagi kertas peperiksaan bahasa melayu penulisan.

Berikut merupakan contoh soalan modul ramalan upsr 2017 kemenjadian A ini.

Tulis ulasan tentang Kebaikan Amalan Menabung berdasarkan maklumat-maklumat yang disediakan dalam bentuk perenggan.

Poster di atas menunjukkan kepentingan amalan menabung di samping dapat melatih diri kita untuk berjimat cermat. Misalnya, amalan menabung harus dipupuk sejak kecil atau sejak di bangku sekolah lagi kerana amalan menabung dapat menjamin masa hadapan yang lebih cerah.

Selain itu, seseorang yang bijak menguruskan wang dapat menggunakan wang tabungannya untuk melanjutkan pelajaran, ibarat kata pepatah Melayu, “sediakan payung sebelum hujan”. Wang tabungan ini mampu menampung perbelanjaan ketika kecemasan seperti membiayai kos perubatan. Seterusnya, amalan menabung ini boleh memupuk disiplin diri yang baik dengan cara membudayakan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian.

Kesimpulannya, amalan menabung perlu menjadi sebahagian daripada amalan murni yang mesti kita praktikkan kerana budaya murni ini mampu mendidik kita menjadi insan yang berfikiran matang dan mempunyai pandangan yang jauh serta wawasan hidup yang jelas.

Tulis ulasan tentang pelbagai hasil yang boleh diperoleh daripada pokok pisang berdasarkan lakaran peta minda dalam bentuk perenggan.

Peta Minda di atas menceritakan pelbagai hasil yang boleh kita manfaatkan daripada pokok pisang. Antaranya, daun pisang dapat dijadikan pembungkus makanan untuk nasi lemak, lepat dan, ikan bakar malahan, jantung pisang juga boleh dijadikan ulam atau sayur kerabu yang enak dan lazat.

Selain itu, buah pisang yang sudah tua boleh digoreng atau dijadikan kerepek serta boleh juga disajikan sebagai hidangan pencuci mulut. Seterusnya, batang pisang pula dapat dijadikan tali dan rakit untuk menyeberangi parit atau anak sungai. Di samping itu, buah pisang merupakan antara hasil pertanian yang mendapat sambutan yang sangat baik dan menggalakkan daripada orang ramai dan harganya juga melambung di pasaran pada masa ini.

Kesimpulannya, produk berasaskan pisang yang dihasilkan oleh para petani mampu menjana pendapatan yang lumayan sekali gus memperkukuh ekonomi keluarga serta ekonomi negara.

Berikut merupakan modul ramalan penulisan tersebut.

penulisan ramalan bm

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com

The post Modul Ramalan UPSR 2017 Bahasa Melayu Penulisan KmjdA appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Modul Ramalan UPSR 2017 Bahasa Melayu Penulisan KmjdA

Modul Ramalan UPSR 2017 Bahasa Melayu Penulisan KmjdA merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Modul Ramalan UPSR 2017 Bahasa Melayu Penulisan KmjdA atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Modul Ramalan UPSR 2017 Bahasa Melayu Penulisan KmjdA Reviewed by Unknown on 3:42 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.