Koleksi RPH Sekolah Rendah Minggu ke-26
Koleksi RPH Sekolah Rendah Minggu ke-26
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada rakan rakan guru yang menyambut perayaan tersebut. Semoga kehadiran syawal ini lebih mengajar kita erti bersyukur dan mampu menggalakkan kita mempertingkatkan amal ibadat seperti d bulan Ramadhan yang lepas.
Untuk makluman kepada mereka yang bukan bergelar guru, rph ini perlu disediakan untuk setiap kali waktu pengajaran. Contohnya, jika pada hari itu guru tersebut masuk mengajar 3 kelas mata pelajaran, maka, guru tersebut perlu menyediakan 3 rph pada hari tersebut yang lengkap sebelum dapat masuk ke dalam kelas untuk mengajar.
Penyediaan RPH ini ibarat peluru bagi seorang askar. Tiada rph, makanya tidak mungkin guru dapat mengajar dengan betul dan tepat terhadap sesuatu kelas. RPH ini merupakan satu garis panduan kepada guru yang dirangka oleh guru sendiri untuk mengajar sesuatu kelas.
Dalam rph ini akan terdapat tarikh, waktu, masa, topik dan kandungan pembelajaran, aktiviti yang dirangka, bahan bantu mengajar yang digunakan dan juga refleksi terhadap pengajaran yang telah dilaksanakan.
Ada guru yang pernah membuat lebih 1000 rph setahun ekoran mengajar kelas bagi mata pelajaran kecil seperti pendidikan kesihatan, pendidikan jasmani dan muzik. Guru ini mengajar 18 mata pelajaran berbeza setiap minggu.
Bagi pendapat admin, guru yang membeli rph daripada orang lain tidak menjadi masalah kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi. Antaranya melihat contoh aktiviti yang dilakukan oleh orang lain dan juga panduan kepada mereka yang baru mula mengajar sesuatu subjek itu.
Berikut merupakan koleksi RPH yang telah disusun mengikut tahun. Ada yang lengkap setahun, dan ada yang separuh dan ada yang berminggu-minggu. In sha Allah di sini akan dikemaskini sentiasa. Terima kasih kepada mereka yang sanggup berkongsi.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
The post Koleksi RPH Sekolah Rendah Minggu ke-26 appeared first on Sumber Pendidikan.
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Koleksi RPH Sekolah Rendah Minggu ke-26
Koleksi RPH Sekolah Rendah Minggu ke-26 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Koleksi RPH Sekolah Rendah Minggu ke-26 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: