Top Ad unit 728 × 90

Hala tuju pendidikan selepas SPM

Hala tuju pendidikan selepas SPM medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Hala tuju pendidikan selepas SPM

Sepeti biasa selepas SPM, para pelajar akan memikirkan ke mana hala tuju pendidikan dan di mana harus mereka sambung belajar di peringkat lebih tinggi.

Di peringkat pengajian tinggi, ada sekurangnya empat tempat yang boleh dipilih dan disertai oleh pelajar selepas SPM berdasarkan keputusan SPM yang diperolehi nanti.

Antara 4 tempat tersebut adalah IPTA, IPGM, Kolej Matrikulasi atau Institusi Latihan dan Kemahiran Awam. IPTA merujuk kepada Universiti Awam atau politeknik, IPGM merujuk kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia atau pusat latihan guru, kolej matrikulasi dan ILKA Institut Latihan Kemahiran Awam seperti giat mara dan ikbn.

Pelajar juga akan memilih laluan tersendiri sama ada untuk membuat sijil kemahiran, memasuki tingkatan 6, menyertai program persediaan ijazah (asasi/matrikulasi) ataupun menyambung di peringkat diploma.

Untuk menyertai program diploma, perlu diingatkan bahawa diploma bukannya satu satunya laluan untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Tujuan asal diploma adalah untuk untuk melahirkan tenaga kerja separa-professional, memberi pilihan kepada lepasan SPM yang tidak cemerlang untuk ke program pra-universiti untuk dilatih sebelum menyertai dunia pekerjaan(daripada terus berkerja dengan kelayakan SPM sahaja dan untuk berpeluang memohon ke program ijazah sarjana muda (bukan secara otomatik boleh terus ke ijazah)

Bagi mereka yang bercita-cita menjadi guru, boleh perhatikan syarat asas untuk memohon IPGM iaitu.

  • Malaysian
  • Tidak melebihi 20 tahun ketika Julai tahun memasuki IPGM
  • Sihat
  • Lulus SPM dan mendapat Cemerlang (A- sekurangnya) untuk 5 mata pelajaran
  • Sekurangnya kepujian dalam bahasa melayu dan sejarah
  • lulus bahasa inggeris
  • aktif dalam kokurikulum
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan

Bagi memasuki IPTA pula, dasar pengambilan pelajar bergantung kepada aliran yang dipilih oleh murid. Jika aliran sains, mementingkan pencapaian dalam matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi manakala bagi aliran sastera mementingkan pencapaian dalam bahasa melayu, matematik, sains, sejarah, pendidikan  dan pendidikan syariah atau quran sunnah. Markah dari kokurikulum adalah sebanyak 10 peratus.

Bagi matrikulasi pula, pemohon tidak boleh melebih 20 tahun pada tahun semasa. Permohonan ke matrikulasi juga bergantung kepada jurusan iaitu jurusan sains, perakaunan dan aliran teknikal.

Untuk maklumat dan kefahaman yang lebih lanjut mengenai hala tuju selepas SPM, boleh slaid ini oleh Perunding Hala Tuju Pendidikan. Terdapat 54 slaid berguna semuanya. Lengkap menerangkan pelbagai perihal untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Slaid Hala Tuju Selepas SPM

Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama rakan guru dan murid murid.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Hala tuju pendidikan selepas SPM appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Hala tuju pendidikan selepas SPM

Hala tuju pendidikan selepas SPM merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Hala tuju pendidikan selepas SPM atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Hala tuju pendidikan selepas SPM Reviewed by Unknown on 6:27 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.