Top Ad unit 728 × 90

74 contoh karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan

74 contoh karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

74 contoh karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan

Antara cara untuk mengajar murid membina dan membuat karangan UPSR adalah melalui contoh-contoh karangan. Contoh-contoh karangan yang ditunjukkan kepada murid boleh merangsang pemikiran murid untuk mencari idea dan isi ketika membuat karangan.

Tambahan pula, jika murid ada menghafal beberapa karangan, tiba-tiba menjadi rezeki murid di mana isi karangan yang dihafal tersebut boleh digunakan untuk murid menjawab soalan karangan.

Perkongsian ini melibatkan karangan Bahasa Melayu Penulisan UPSR dengan 74 contoh karangan. Berikut merupakan contoh karangan yang terdapat dalam perkongsian ini.

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Ibu Saya ”.

Ibu merupakan orang yang melahirkan kita serta memelihara kita sejak kecil. Tanpa ibu, kita tidak mungkin lahir ke dunia ini. Oleh itu, kita mestilah menghormati dan mendengar cakap ibu. Janganlah kita menyakiti hati ibu.

Nama ibu saya ialah Jolin. Beliau berusia 55 tahun. Ibu saya seorang suri rumah tangga yang rajin dalam melakukan tugas-tugas seharian. Ibu sentiasa sibuk menguruskan rumah dan keperluan kami sekeluarga seperti mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan sebagainya.

Ibu saya juga seorang yang penyayang. Beliau sentiasa mengambil berat tentang keluarga , terutamanya pelajaran saya, abang dan adik. Ibu jarang marah-marah malahan sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi apa jua masalah. Sekiranya saya melakukan apa -apa kesalahan, ibu akan menegur dan menasihati saya dengan baik. Beliau selalu menasihatkan saya agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna.

Saya amat menyayanginya. Saya berasa amat beruntung mendapat seorang ibu yang baik. Saya berjanji akan membalas jasa ibu saya pada suatu hari nanti.

Contoh 2 :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Keluarga Saya ”.

Keluarga saya terdiri daripada lima orang, iaitu ayah, emak, saya dan dua orang adik lelaki. Hubungan kami sekeluarga sangat rapat.

Ayah saya bernama Joshua Siaw. Beliau seorang guru yang mengajar di SJK Chung Hua Krokop yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Ayah saya seorang yang tegas tetapi baik hati serta pemurah. Ibu saya seorang suri rumah tangga. Beliau menguruskan rumah tangga serta keperluan kami sekeluarga. Ibu saya seorang yang sangat rajin dan pandai memasak.

Saya anak yang sulung. Saya belajar di sekolah yang sama dengan tempat ayah saya bekerja. Saya belajar dalam tahun empat. Saya mempunyai sepasang adik lelaki berkembar bernama Jason dan Jeff . Mereka masih bersekolah tadika. Adik-adik saya comel dan manja

Saya amat menyayangi keluarga saya. Kami sayang -menyayangi serta mengambil berat antara satu sama lain. Saya berasa amat bangga mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya berharap keluarga saya akan kekal bahagia selama-lamanya.

Berikut merupakan modul contoh karangan UPSR untuk anak-anak.

74 Contoh Latihan Karangan UPSR BM Penulisan

Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama rakan guru dan murid murid.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post 74 contoh karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

74 contoh karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan

74 contoh karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link 74 contoh karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
74 contoh karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan Reviewed by Unknown on 4:27 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.