Contoh Borang Keberhasilan Guru Penolong Akademik Biasa
Contoh Borang Keberhasilan Guru Penolong Akademik Biasa
Terkini, guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan perlu menyediakan borang keberhasilan pada setiap tahun di mana borang ini perlu disediakan di awal tahun persekolahan.
Borang keberhasilan ini bolehlah dikatakan sebagai satu borang yang mengandungi KPI Key Performance Index ataupun Indeks Penunjuk Prestasi yang mahu dicapai oleh guru pada tahun tersebut.
Terdapat beberapa bahagian yang perlu dicakupi dan dirangkumi oleh guru dalam menyediakan borang keberhasilan ini iaitu bahagian kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan tugas sampingan.
Namun begitu, masih ada ramai guru dan sekolah yang belum berjaya 100% menyediakan borang keberhasilan dengan setepatnya. Bilangan item bagi keberhasilan juga berbeza mengikut pentadbiran daerah dan negeri. Ada yang menyatakan secukup 12 item sahaja yang perlu disediakan oleh guru. Namun begitu, ada juga pihak pentadbiran sekolah yang meminta guru menyediakan sehingga 30 item dalam borang keberhasilan.
Borang keberhasilan ini juga berbeza di antara pentadbiran sekolah dan staf sekolah kerana masing-masing mempunyai bahagian tugas yang sendiri.
Borang keberhasilan ini disediakan di awal tahun dan dinilai pada pertengahan tahun. Beberapa item boleh digugur atau ditambah pada waktu ini. Pada penghujung tahun pula, penilaian dilakukan sekali lagi ke atas keberhasilan ini dengan penilai memberi markah terhadap sesuatu item sama ada tidak mencapai, mencapai atau melebih sasaran.
Berikut merupakan contoh keberhasilan bagi tugas guru biasa. Bilangan item perlu berbincang dengan penilai pertama dan kedua.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
The post Contoh Borang Keberhasilan Guru Penolong Akademik Biasa appeared first on Sumber Pendidikan.
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Contoh Borang Keberhasilan Guru Penolong Akademik Biasa
Contoh Borang Keberhasilan Guru Penolong Akademik Biasa merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Contoh Borang Keberhasilan Guru Penolong Akademik Biasa atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: