Top Ad unit 728 × 90

MyPortfolio Hrmis Aktiviti Bagi Fungsi

MyPortfolio Hrmis Aktiviti Bagi Fungsi medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

MyPortfolio Hrmis Aktiviti Bagi Fungsi

myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

Ciri-ciri nya adalah seperti yang berikut:

i. merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
ii. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
iii. berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
iv. mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.

Beriku merupakan gambarajah dan penambahbaikan yang dilakukan oleh myPortfolio

rinsip penyediaan Portfoflio iaitu : 1 Jawatan. Akauntabiliti dan tugas utama boleh sama bagi jawatan yang menjalankan fungsi yang sama tetapi terdapat kemungkinan perbezaan pada komponen “dimensi” seperti dinyatakan dalam JD. Oleh yang demikian, maklumat pegawai yang menyandang setiap jawatan dalam myPortfolio perlu dikemas kini.

Bagi jawatan fleksi gred/ fleksi skim, penyediaan Portfolio hanya melibatkan satu (1) Portfolio sahaja untuk setiap jawatan. Tetapi kemungkinan perbezaan Portfolio bagi setiap gred/ skim dapat dibahagikan mengikut dimensi/akauntabiliti seperti dinyatakan dalam JD. Oleh yang demikian, maklumat pegawai yang menyandang setiap jawatan dalam Portfolio perlu ditandakan/ dikemas kini.

Portflio boleh disediakan sama ada dalam bentuk fizikal (hard copy) atau soft copy dengan mengambil kira keadaan bahawa Portflio tersebut mudah dicapai dan dirujuk.

Dokumen Kualiti merupakan persyaratan standard MS ISO 9001:2015 di peringkat agensi. Manakala Portfolio merupakan panduan kepada setiap pegawai untuk melaksanakan tugas yang ditetapkan bagi jawatannya. Dokumen Kualiti boleh digunakan sebagai panduan dalam menyediakan myPortfolio dan juga dimasukkan di bawah komponen Senarai Undang-undang, Peraturan dan Punca Kuasa. Sebaliknya, myPortfolio juga boleh dijadikan sebagai Maklumat Didokumentasikan bagi bukti pelaksanaan MS ISO 9001:2015.

Untuk panduan myportfolio di sini

myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan

Untuk tahun 2022, myportfolio perlu dikemaskini dalam hrmis.

Contoh VIdeo myportfolio hrmis

Berikut merupakan Carta Alir Aktiviti Bagi Fungsi.

Terdapat 5 fungsi atau aktiviti iaitu

  • Aktiviti 1 Pengurusan PDP
  • Aktiviti 2 Pengurusan Penilaian Pentaksiran
  • Aktiviti 3 Pengurusan Kokurikulum
  • Aktiviti 4 Mengurus Disiplin Murid
  • Aktiviti 5 Mengurus Latihan Personel

 

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post MyPortfolio Hrmis Aktiviti Bagi Fungsi appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

MyPortfolio Hrmis Aktiviti Bagi Fungsi

MyPortfolio Hrmis Aktiviti Bagi Fungsi merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link MyPortfolio Hrmis Aktiviti Bagi Fungsi atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
MyPortfolio Hrmis Aktiviti Bagi Fungsi Reviewed by Unknown on 10:25 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.