Top Ad unit 728 × 90

Kata Pemeri

Kata Pemeri medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Kata Pemeri

Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Kata Pemeri

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).

Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah

Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:

i. adalah ii. ialah

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

1. Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.

Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif. Contoh binaan kata nafi + kata adjektif:-

  1. Tidak benar
  2. Tidak cantik
  3. Tidak adil

Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar. Keputusan itu adalah tidak adil.

Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-

i.Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.

Struktur ayat yang betul ialah:

  • Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
  • Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
  • Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
  • Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.

Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa. Struktur ayat yang betul ialah:

  • Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.

Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu. Struktur ayat yang betul ialah:-

  • Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.

Berikut merupakan bahan Kata Pemeri

MODUL 7 KATA PEMERI

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Kata Pemeri appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Kata Pemeri

Kata Pemeri merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Kata Pemeri atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Kata Pemeri Reviewed by Unknown on 12:14 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.