Top Ad unit 728 × 90

Hukum ahli keluarga mengusahakan harta pusaka tanpa kebenaran ahli keluarga lain

Hukum ahli keluarga mengusahakan harta pusaka tanpa kebenaran ahli keluarga lain medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Hukum ahli keluarga mengusahakan harta pusaka tanpa kebenaran ahli keluarga lain

Faraid mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Lelaki pula akan mendapat 2 bahagian dalam pembahagian harta ini.

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

  • Tanah
  • Bangunan (rumah).
  • Barang kemas (emas, perak dll).
  • Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  • Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Apakah hukum ahli keluarga mengusahakan harta pusaka tanpa kebenaran ahli keluarga yang lain.

Agama Islam amat membenci perbuatan menzalimi dan mengambil hak orang lain tanpa kerelaan dan persetujuan pemiliknya. Sekalipun harta atau barangan tersebut adalah kepunyaan adik-beradik atau mereka yang mempunyai pertalian darah dengan kita. Dalam konteks ini, apa yang terjadi jika ahli keluarga mengusahakan harta pusaka yang belum difaraidkan tanpa kebenaran ahli keluarga yang lain.

Nabi SAW telah menyatakan balasan yang bakal diterima bagi mereka yang mengambil hak orang lain. Daripada Abu Umamah al-Harithi R.A, Nabi SAW telah bersabda:

” مَنْ اِقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ, فَقَدْ أَوْجَبَ اَللَّهُ لَهُ اَلنَّارَ, وَحَرَّمَ عَلَيْهِ اَلْجَنَّةَ”.‏ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اَللَّهِ؟ قَالَ: “وَإِنْ قَضِيبٌ مِنْ أَرَاكٍ”

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengambil harta saudaranya dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan masuk surga. Lalu ada seorang yang bertanya, “Wahai Rasulullah, meskipun hanya sedikit?” Beliau menjawab, “Meskipun hanya sebatang kayu araak (kayu untuk siwak).” Riwayat Muslim (137)

Perbuatan mengusahakan sesebuah kebun tanpa keizinan dan persetujuan daripada pemiliknya adalah sia-sia dan tidak sah kerana tidak terdapat ‘sighah qabul’ dalam akad tersebut.

Akad dari sudut penggunaan bahasa Arab mempunyai makna yang pelbagai antaranya, janji, jaminan, kepercayaan dan ikatan (sama ada ikatan sebenar seperti mengikat tali atau ikatan simbolik seperti ikatan ijab dan qabul dalam akad jual-beli). Manakala Kamus Dewan pula memberikan pengertian akad sebagai janji dan perjanjian. Perkataan akad merupakan perkataan yang sinonim dengan perkataan kontrak.

Akad dari istilah fiqh ialah ikatan di antara ijab dan qabul yang dibuat mengikut cara yang disyariatkan yang sabit kesannya pada barang berkenaan. Dengan perkataan lain akad melibatkan pergantungan cakapan salah satu pihak yang berakad dengan cakapan pihak yang satu lagi, mengikut ketentuan syarak yang akan melahirkan kesan pada barang yang diakadkan. (al-Zuhaily,Wahbah, 2002, Fiqh & perundangan Islam, pent. Md. Akhir Haji Yaacob, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld.4, hlm.83). Dari aspek undang-undang pula, kontrak didefinisikan sebagai semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah (Akta Kontrak, seksyen 10 (1)).

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Sa’id Ibn Zaid, Nabi SAW telah bersabda:

مَنْ أَحْيَا أَرْضًا مَيْتَةً فَهِيَ لَهُ وَلَيْسَ لِعِرْقٍ ظَالِمٍ حَقٌّ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menghidupkan tanah yang mati, maka tanah itu menjadi mililknya, dan untuk keringat orang yang zalim tidak memiliki hak.”

Riwayat Abu Daud (3073)

Imam al-Munawi dalam mensyarahkan hadith ini menyebut tanah yang mati bermaksud tanah yang tidak mempunyai pemilik. (Lihat Faidh al-Qadir, 6/39)

Sebagai kesimpulan, setiap akad yang dijalankan mestilah dipersetujui dan diredai oleh kedua-dua belah pihak yang berakad. Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, maka akad yang dijalankan itu dikira sebagai tidak sah. Apabila sesuatu aqad tidak sah, maka perkara yang berbangkit selepas itu juga dikira tidak sah.

Begitu juga berkaitan larangan mengambil hak pemilikan orang lain telah dinyatakan dengan jelas berkaitan ancaman balasannya melalui firman Allah SWT berikut:

وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ عُدْوَانًا وَظُلْمًا فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَارًا ۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّـهِ يَسِيرًا

Maksudnya: “Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya).” (Surah al-Nisa’: 30)

Perbuatan menganiaya orang lain dengan mengambil haknya secara batil adalah perkara yang wajib dihindari oleh semua lapisan masyarakat dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas ialah sumber 1 dan sumber 2

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Hukum ahli keluarga mengusahakan harta pusaka tanpa kebenaran ahli keluarga lain appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Hukum ahli keluarga mengusahakan harta pusaka tanpa kebenaran ahli keluarga lain

Hukum ahli keluarga mengusahakan harta pusaka tanpa kebenaran ahli keluarga lain merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Hukum ahli keluarga mengusahakan harta pusaka tanpa kebenaran ahli keluarga lain atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Hukum ahli keluarga mengusahakan harta pusaka tanpa kebenaran ahli keluarga lain Reviewed by Unknown on 3:18 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.