Top Ad unit 728 × 90

Covid19 dan Kanak-kanak. Apa yang kita tahu.

Covid19 dan Kanak-kanak. Apa yang kita tahu. medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Covid19 dan Kanak-kanak. Apa yang kita tahu.

Hampir 2 tahun covid19 melanda dunia dan lebih banyak kajian dilakukan untuk memahami sifat dan keadaan virus ini. Di sini apa yang ibu bapa dan penjaga perlu tahu berkenaan dengan jangkitan covid terhadap anak-anak dan bayi.

Adakah kanak-kanak dan bayi boleh dijangkiti covid19?

Ya. Kanak-kanak dan bayi sememangnya boleh dijangkiti virus ini. Dan kes melibatkan kanak-kanak semakin bertambah tambahan pula tiada lagi vaksin yang dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk diberikan kepada golongan ini.

Kebanyakan kes, kesan virus ini mungkin lebih kurang berbanding dengan orang dewasa. Tetapi kita perlu ingat bahawa kanak-kanak yang dijangkiti virus ini, masih boleh tergolong dalam kategori 3,4 dan 5 dan boleh menjangkiti orang lain.

Jarang sangat berlaku di mana pesakit kanak-kanak tergolong dalam kategori 5.

Apa ibu bapa perlu tahu berkenaan dengan varian covid terhadap kanak-kanak

Varian seperti Delta yang berbahaya juga boleh menjangkiti kanak-kanak dengan mudah. Memandangkan kanak-kanak bawah 12 tahun sangat muda untuk menerima vaksin, jadi ibu bapa perlu sentiasa meningkatkan pencegahan terhadap anak-anak dan mengamalkan pematuhan SOP yang tinggi.

Antaranya, memakai topeng muka bila berada di tempat awam, kawasan indoor untuk mengurangkan risiko dijangkiti. Amalkan pematuhan seperti penjarakan sosial, kerap cuci tangan dan berada di kawasan pengudaraan yang baik terhadap kanak-kanak.

Bolehkah bayi dijangkiti covid19?

Kajian membuktikan ibu boleh menjangkiti bayi dan bayi yang baru lahir boleh dijangkiti covid19 jika terdedah kepada pembawa. Kebanyakan bayi yang baru lahir mempunyai simpton covid yang kecil dan ada yang tiada simtom langsung. Tetapi terdapat juga kes-kes serius yang berlaku, tetapi terpencil.

Apakah simptom covid pada bayi dan kanak-kanak?

  • batuh
  • demam
  • sukar bernafas
  • lenguh badan
  • hilang rasa dan bau
  • muntah
  • pening kepada
  • cirit-birit

Batuk dan demam merupakan simptom biasa bagi orang dewasa dan kanak-kanak yang dijangkiti dengan covid19. Mahupun begitu, jika kanak-kanak adalah positif dijangkiti covid, langkah terbaik adalah ibu bapa perlu memastikan dan mengawasi keadaan anak. Untuk masa sekarang, jika ada oxymeter lebih baik untuk mengawasi kandungan oksigen dalam paru-paru anak.

Kanak-kanak di golongan mana yang dikelaskan sebagai berisiko?

Antara golongan kanak-kanak yang dikelaskan sebagai golongan berisiko adalah

  • umur bawah 2 tahun
  • bayi yang dilahirkan pramatang
  • mereka yang obesiti dan mempunyai penyakit pernafasan dan paru-paru seperti asma

Bagaimana melindungi anak daripada covid19?

Untuk menjaga keselamatan anak, langkah terbaik adalah elakkan mendedahkan mereka kepada individu yang positif dengan virus ini.

Langkah terbaik

  1. kekalkan penjarakan fizikal
  2. jarakkan 6 kaki daripada orang lain ketika di luar
  3. pantau dengan siapa mereka bermain di kawasan kejiranan
  4. pakai mask
  5. menjaga dan membersihkan tangan dengan sabun

Untuk beriklan di telegram dan website boleh hubungi admin di Contact untuk Beriklan

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada sumber rujukan

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Covid19 dan Kanak-kanak. Apa yang kita tahu. appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Covid19 dan Kanak-kanak. Apa yang kita tahu.

Covid19 dan Kanak-kanak. Apa yang kita tahu. merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Covid19 dan Kanak-kanak. Apa yang kita tahu. atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Covid19 dan Kanak-kanak. Apa yang kita tahu. Reviewed by Unknown on 2:14 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.