Top Ad unit 728 × 90

Permohonan iCitra KWSP bermula 12 Julai 2021

Permohonan iCitra KWSP bermula 12 Julai 2021 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Permohonan iCitra KWSP bermula 12 Julai 2021

Berikut merupakan perkongsian berkenaan dengan panduan permohonan i-citra KWSP iaitu salah satu langkah yang diumukan oleh Perdana Menteri dalam PEMULIH. icitra kwsp

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak

Siapakah yang layak memohon?

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

amaun icitra

Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran i-Citra?

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal i-Citra Online. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021.

Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.

Akaun Bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.

Bagaimanapun, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

Berikut merupakan panduan permohonan icitra

Permohonan di https://icitra.kwsp.gov.my

Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Permohonan iCitra KWSP bermula 12 Julai 2021 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Permohonan iCitra KWSP bermula 12 Julai 2021

Permohonan iCitra KWSP bermula 12 Julai 2021 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Permohonan iCitra KWSP bermula 12 Julai 2021 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Permohonan iCitra KWSP bermula 12 Julai 2021 Reviewed by Unknown on 12:16 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.