Top Ad unit 728 × 90

Panduan Temuduga Secara Online Sektor Kerajaan

Panduan Temuduga Secara Online Sektor Kerajaan medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Panduan Temuduga Secara Online Sektor Kerajaan

Perkongsian kali ini adalah berkenaan dengan panduan temuduga secara online in situ. Panduan disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel –

https://t.me/notatemudugaspp

Berikut merupakan panduan menghadiri temu duga secara online.

Antara panduan sebelum temu duga

Semak Butiran Panggilan Temu Duga

Calon perlu membuat semakan dan peka dengan tarikh dan masa sesi temu duga sepertimana yang tercatat dalam dokumen panggilan temu duga.

Lokasi Temu Duga

Calon dikehendaki untuk menduduki temu duga secara maya di kediaman masing-masing. Calon tidak perlu hadir ke mana-mana Pusat Temu Duga SPA.

Persiapan Teknikal

Calon perlu memastikan kelengkapan teknikal untuk menduduki temu duga maya tersedia termasuklah:

  1. Peranti (smartphone/laptop/desktop).
  2. Aplikasi temu duga maya yang ditetapkan dalam dokumen panggilan temu duga telah dimuat turun.
  3. Talian internet yang stabil dan kuota mobile data yang mencukupi bagi memastikan kelancaran sesi temu duga.
  4. Kamera pada peranti berfungsi dengan baik bagi membolehkan panel penemu duga dapat melihat imej calon dengan jelas.
  5. Penggunaan peranti sokongan untuk sistem audio (earphone/headphone/external microphone) adalah disarankan bagi membolehkan suara calon dan panel penemu duga dapat didengari dengan jelas.
  6. Calon perlu membuat semakan terhadap tetapan audio dan kamera pada peranti yang digunakan agar ditetapkan dalam mod ‘on’.

Pemilihan Ruang dan Persekitaran Temu Duga yang Kondusif

Bagi membolehkan temu duga maya dilaksanakan dengan lancar, calon disyorkan untuk mengenal pasti dan menyediakan ruang persekitaran yang kondusif dan bersesuaian iaitu:

  1. Bebas dari bunyi bising yang dapat mengganggu sesi temu duga.
  2. Pencahayaan yang cukup. Elakkan kedudukan yang membelakangkan sumber cahaya bagi mengelakkan kesan backlight.
  3. Penggunaan ruang yang bersih dan kemas bagi mengelakkan konsentrasi panel penemu duga terganggu.
  4. Hanya calon sahaja dibenarkan untuk berada di ruang temu duga. Individu lain yang tidak berkaitan tidak dibenarkan untuk hadir temu duga bersama- sama calon.

Melengkapkan dan Memuat Naik Dokumen Temu Duga di dalam Sistem MyResume

Calon perlu melengkapkan dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan di dalam Sistem MyResume.

Menghadiri Sesi Simulasi

Calon diwajibkan untuk menghadiri sesi simulasi bagi memastikan kesesuaian peranti dan rangkaian serta kelancaran sesi temu duga.

Panduan semasa temuduga

Pemilihan pakaian

Calon mesti memakai pakaian yang sesuai mengikut Kod Etika Pakaian Temu Duga yang telah ditetapkan.

Pemakaian Pelitup Muka

Calon tidak perlu memakai pelitup muka / face shield sepanjang sesi temu duga diadakan.

Persediaan Awal

Calon dinasihatkan untuk bersedia sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal sebelum masa temu duga yang dijadualkan.

Rakaman Sesi Temu Duga

Calon atau pihak ketiga DILARANG untuk membuat sebarang rakaman sesi temu duga.

Posisi Tempat Duduk Ideal

Calon harus memastikan:

  1. Jarak antara tempat duduk dan kamera yang sesuai bagi membolehkan panel penemu duga melihat imej calon secara menyeluruh.
  2. Kedudukan kamera yang ideal adalah pada ketinggian paras mata calon.
  3. Fokus pandangan mata pada kamera (bukannya pada skrin) bagimewujudkan eye contact yang lebih tepat dengan panel penemu duga.

Tetapan Tambahan pada Peranti

Nyahaktifkan fungsi notifikasi pada peranti bagi mengelakkan gangguan notifikasi sepanjang sesi temu duga.

Tetapan Tambahan pada Peranti Lain (Jika ada)

Peranti ditetapkan dalam mod senyap

Permulaan Sesi Temu Duga

Sesi temu duga dikira bermula sejurus sahaja panel penemu duga memulakan perbualan dan mengalu-alukan kehadiran calon.

Pemakluman Kepada Panel Penemu Duga Sekiranya Berlaku Gangguan Teknikal Semasa Temu Duga

Calon perlu memaklumkan kepada panel penemu duga sekiranya terdapat gangguan teknikal semasa sesi temu duga. Contohnya, suara panel penemu duga tidak dapat didengari calon.

Penamatan Sesi Temu Duga

Calon disarankan untuk memastikan talian pada aplikasi yang digunakan diputuskan sejurus sesi temu duga selesai.

Berikut merupakan dokumen panduan temu duga secara online

Panduan teknikal interview online

Panduan interview online SPA

Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Panduan Temuduga Secara Online Sektor Kerajaan appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Panduan Temuduga Secara Online Sektor Kerajaan

Panduan Temuduga Secara Online Sektor Kerajaan merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Panduan Temuduga Secara Online Sektor Kerajaan atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Panduan Temuduga Secara Online Sektor Kerajaan Reviewed by Unknown on 11:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.