Top Ad unit 728 × 90

Cakap Ajuk Cakap Pindah

Cakap Ajuk Cakap Pindah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Cakap Ajuk Cakap Pindah

Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Cakap Ajuk Cakap Pindah

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).

a. Langkah menukarkan ayat:
1. Jangan mengubah makna asalnya.
2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)

3. Lakukan perubahan perkataan:
contoh:
– saya …………………dia…………………………….- kamu ………………………….dia
– kami ………………..mereka……………………..- hamba…………………………dia
– di sini……………….di situ/di sana……………- begini…………………………..begitu – kini…………………..ketika itu…………………..- dan sebagainya.

4. Jangan gunakan “kata tanya”. Tukar pada fungsinya.
contoh:
– mengapa…………..punca/sebab…………….- bagaimana……………………cara/keadaan – berapa………………jumlah/harga……………- bila………………………………masa

5. Tukar penggunaan “kata” atau “tanya” dalam ayat asal.
contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.
ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada “marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya”.

6. Contoh penukaran ayat:

i. “Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya” kata Ali kepada Chan. Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

ii. “Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon” kata guru itu. Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

iii. “Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?” tanya guru disiplin itu. Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

iv. “Jemput makan kuih itu!” kata Mak Chan kepada Cik Lim. Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

Berikut merupakan bahan berkaitan Cakap Ajuk Cakap Pindah

CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

cakap ajuk cakap pindah

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Cakap Ajuk Cakap Pindah appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Cakap Ajuk Cakap Pindah

Cakap Ajuk Cakap Pindah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Cakap Ajuk Cakap Pindah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Cakap Ajuk Cakap Pindah Reviewed by Unknown on 9:18 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.