Top Ad unit 728 × 90

Ayat Tunggal

Ayat Tunggal medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Ayat Tunggal

Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Ayat Tunggal

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).

yat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan, iaitu:

  1. Susunan biasa
  2. Susunan songsang

Susunan Biasa

Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut:

  1. Guru itu telah memenangi hadiah pertama.
  2. [Guru itu] + [telah memenangi hadiah pertama.]Subjek            Predikat
  3. Kebanyakan calon peperiksaan tidak memahami soalannya.
  4. [Kebanyakan calon peperiksaan] + [tidak memahami soalannya.]Subjek                                                      Predikat

Susunan Songsang

Ayat tunggal dalam BM boleh terbentuk dalam susunan biasa, dan boleh juga dalam susunan songsang, melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberikan penegasan, iaitu melalui proses pendepanan. Dalam BM, terdapat sekurang-kurangnya dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat, iaitu:

  1. Pendepanan seluruh predikat
  2. Pendepanan sebahagian daripada predikat.

Pendepanan seluruh predikat Contoh:

  1. [Perangainya] + [baik sungguh.] Subjek  + Predikat
  2. [Baik sungguh] + [perangainya.] Predikat +  Subjek
  3. [Pegawai itu] + [masih belum sampai.] Subjek +  Predikat
  4. [Masih belum sampai] + [pegawai itu.] Predikat +  Subjek

Berikut merupakan modul / lembaran kerja berkenaan Ayat Tunggal

18 AYAT TUNGGAL

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Ayat Tunggal appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Ayat Tunggal

Ayat Tunggal merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Ayat Tunggal atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Ayat Tunggal Reviewed by Unknown on 2:14 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.