Top Ad unit 728 × 90

Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat BPR dibuka hingga 30 Jun 2021

Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat BPR dibuka hingga 30 Jun 2021 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat BPR dibuka hingga 30 Jun 2021

Dibuka sekarang sehingga 30 Jun 2021. Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat BPR dibuka. Kemukakan rayuan sekarang untuk disemak semula oleh LHDN.

Rujuk kenyataan media Kementerian Kewangan di bawah

Bagi tahun 2021, Kerajaan telah mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan setakat ini, RM4.6 billion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada bulan Februari/Mac dan Mei 2021. Bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada bulan September 2021.

Walau bagaimanapun, Kerajaan sedar bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data Kerajaan. Oleh itu, sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini. Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Seperti diumumkan dalam Program PEMERKASA+ pada 31 Mei 2021, Kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada. Pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan. Permohonan rayuan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

Setelah pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada bulan Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3). Pemohon rayuan BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my) bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Kerajaan sentiasa peka dan membantu dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat. Bagi tahun ini, Kerajaan telah memperuntukkan hampir RM9.1 bilion untuk BPR secara keseluruhannya. Ringkasan jumlah dan tarikh bayaran adalah seperti berikut:

Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat BPR dibuka hingga 30 Jun 2021 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat BPR dibuka hingga 30 Jun 2021

Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat BPR dibuka hingga 30 Jun 2021 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat BPR dibuka hingga 30 Jun 2021 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat BPR dibuka hingga 30 Jun 2021 Reviewed by Unknown on 1:16 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.