Top Ad unit 728 × 90

Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2022

Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2022 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2022

Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2021 bertaraf  diploma dan sijil. Tarikh tutup permohonan pada 4 Julai 2021 Ahad pada jam 1159 malam

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

Jenis-jenis latihan dan kekosongan

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon

Kategori Pemohon dan Had Umur

Pemohon yang merupakan calon lepasan SPM:

  • Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat dalam perkhidmatan awam am persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

  • Umur tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  • Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat lain yang dilantik dalam perkhidmatan awam/badan berkanun/pihak berkuasa tempatan

  • Umur tidak melebih 38 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  • Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

Calon yang berminat dan memenuhi syarat hendaklah mendaftar secara atas talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 di

https://spa9.spa.gov.my.

MAKLUMAT LANJUT TAWARAN

Rujuk iklan tawaran Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2022 di bawah

Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2022 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2022

Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2022 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2022 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2022 Reviewed by Unknown on 5:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.