Top Ad unit 728 × 90

Diskaun 50% untuk saman semasa kempen Mybayar Saman PDRM hingga 18 Julai

Diskaun 50% untuk saman semasa kempen Mybayar Saman PDRM hingga 18 Julai medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Diskaun 50% untuk saman semasa kempen Mybayar Saman PDRM

mybayar saman. PDRM memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik bermula 18 Jun 2021 hingga 18 Julai 2021 dengan tawaran diskaun sehingga 50 percent bagi semua sama terpilih

Tawaran ini tidak termasuk kes sama dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

Sepanjang tempoh kempen ini, semua kaunter pembayaran sama akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan covid-19 dalam tempoh PKP 3.0 ini.

Gunakan aplikasi mybayar saman atau layari laman web untuk memudahkan urusan.

Secara umumnya, semua saman trafik layak mendapat diskaun sebanyak 50% menerusi Kempen Bayar Saman PDRM kecuali:

  • Saman Tidak Patuhi Lampu Merah 2021
  • Saman Lorong Kecemasan 2021
  • Saman Potong Secara Merbahaya 2021
  • Saman Potong di Garisan Berkembar 2021
  • Saman Kemalangan
  • Saman Dalam Perbicaraan
  • Saman Tidak Boleh Kompaun
  • Saman Berkaitan Lori
  • Saman Berkaitan pengubahsuaian Ekzos

Maklumat berkaitan rujuk di bawah

Cara Pembayaran

Untuk membuat pembayaran, pengguna boleh membuat pembayaran melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

i) Pembayaran Melalui Portal

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Butiran saman dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  8. Semak saman yang ingin dibayar.
  9. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  10. Pembayaran selesai.

Rajah di atas lengkap dengan maklumat dan gambar bagi kesalahan.

ii) Pembayaran Melalui Aplikasi

  1. Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
  6. Butiran dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
  8. Pilih saman yang hendak dibayar.
  9. Pilih mod bayaran.
  10. Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
  11. Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.

Pertanyaan Lanjut

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, sila hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.

Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Diskaun 50% untuk saman semasa kempen Mybayar Saman PDRM hingga 18 Julai appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Diskaun 50% untuk saman semasa kempen Mybayar Saman PDRM hingga 18 Julai

Diskaun 50% untuk saman semasa kempen Mybayar Saman PDRM hingga 18 Julai merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Diskaun 50% untuk saman semasa kempen Mybayar Saman PDRM hingga 18 Julai atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Diskaun 50% untuk saman semasa kempen Mybayar Saman PDRM hingga 18 Julai Reviewed by Unknown on 11:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.