Top Ad unit 728 × 90

Cikgu matematik ini ambil SPM setiap tahun

Cikgu matematik ini ambil SPM setiap tahun medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Kisah Cikgu Matematik yang ambil SPM setiap tahun

Sebagai guru, pastinya banyak kaedah yang digunakan oleh guru untuk memastikan murid, terutamanya murid peperiksaan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

Selain mencari kaedah dan teknik pengajaran berkesan, apa yang dilakukan oleh cikgu ini pastinya lain daripada yang lain. Teruskan membaca kisah cikgu matematik ini ambil SPM.

Apa yang cikgu ini buat?

Untuk memastikan cikgu sendiri merasakan tahap kesukaran dan bentuk soalan peperiksaan sebenar, cikgu ini bertindak untuk mengambil sendiri peperiksaan SPM pada setiap tahun. Ini tidak lain, dan tidak bukan, adalah supaya guru ini dapat merasakan sendiri tahap dan aras kesukaran yang terdapat dalam peperiksaan SPM. Pengalaman mengambil SPM pastinya akan menjadi panduan kepada guru merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Cikgu ini merupakan Cikgu Khairu Rasid bin Mohamad.

Beliau merupakan guru Matematik di SMK Tan Sri Jaafar Albar, Kota Tinggi, Johor. Untuk makluman beliau merupakan calon persendirian SPM 2020. Sehingga kini beliau telah mengambil SPM sebanyak 3 kali. SPM kali pertama pada tahun 2003 di MRSM Kuala Berang, Terengganu dan memperoleh 6A1, 1A2, 3B3 dan 1C5.

Bertugas sebagai seorang guru di SMK Tan Sri Jaafar Albar pada tahun 2009 sehingga kini. Beliau terdetik untuk mengambil SPM sebagai calon persendirian bermula pada tahun 2019. Tujuan utama beliau mengambil peperiksaan SPM adalah kerana ingin menguji minda dan kefahaman ditambah pula sekarang ini, soalan semakian mencabar dan hampir keseluruhan soalan adalah KBAT iaitu aras tinggi. Selain itu, beliau juga ingin merasakan suasana bagaimana anak didik sendiri yang sama2 berjuang dalam dewan peperiksaan. Ini juga dapat memberi suntikan semangat dan cabaran kepada anak didik utk bersaing secara sihat bersama guru.

Pada SPM 2019, beliau memperoleh 2A+ (Bahasa Melayu dan Matematik) dan 1B+ (Matematik Tambahan). Pada SPM 2020, Alhamdulillah beliau memperoleh 1A+ (Matematik), 1A (Bahasa Melayu) dan 1A- (Matematik Tambahan) Sebaik sahaja keputusan SPM 2020 dikeluarkan tempoh hari, beliau terus membuat pendaftaran SPM (Ulangan) 2021 dan SPM 2021 yang bakal dijadual peperiksaannya pada Mac 2022. Insyallah, jika tiada kengkangan dan halangan beliau akan mengambil SPMU dan SPM pada setiap tahun.

Keputusan SPM pada tahun 2003 dan 2019.

Keputusan SPM 2020 yang baru keluar semua A untuk kertas peperiksaan yang diambil.

Semoga terus berjaya cikgu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi cikgu ini di talian 014-2707870. Beliau juga sering berkongsi bahan-bahan berkaitan dengan SPM seperti

Analisis Soalan Matematik SPM 2011-2019 Kertas 2

Latihan Matematik SPM Kertas 2 Online

Latihan Online Matematik SPM 23 Bab

Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Cikgu matematik ini ambil SPM setiap tahun appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Cikgu matematik ini ambil SPM setiap tahun

Cikgu matematik ini ambil SPM setiap tahun merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Cikgu matematik ini ambil SPM setiap tahun atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Cikgu matematik ini ambil SPM setiap tahun Reviewed by Unknown on 1:19 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.