Top Ad unit 728 × 90

Belajar dan buat duit dengan saham di Bursa

Belajar dan buat duit dengan saham di Bursa medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Buat duit dengan saham di Bursa Malaysia

Alhamdulillah, baru berkesempatan menulis berkenaan dengan pelaburan. Bagi mereka yang ingin menambah duit, selain menjalankan perniagaan sampingan, pelaburan saham juga boleh memberikan kita pulangan wang. Perkongsian ini bukan buy call, sekadar berkongsi untuk mendidik dan memberi kesedaran berkenaan dengan pelaburan saham ini. Jom belajar saham. Perlu ingat, di luar sana terdapat banyak tempat yang kita boleh belajar saham sama ada melalui youtube dan melalui kelas kelas berbayar. Tetapi disini, semuanya percuma. In sha Allah. High Skill for Higher Income Earning.

Indeks KLSE dalam masa 5 tahun

Apa itu saham

Kalau kita survey, mesti ada beberapa orang yang menganggap saham itu macam scam mungkin kerana ada kawan-kawan yang dah pernah melabur saham, lepas tu rugi dan berhenti terus. Jangan tuan/puan. Rugi itu pasti dalam pelaburan ini dan yang penting, untuk berjaya mesti banyak untung daripada rugi.

Saham ini adalah satu kepentingan dalam syarikat. Membeli sesuatu saham syarikat membawa maksud kita menjadi salah satu pemilik iaitu shareholder syarikat tersebut. Dengan membeli beberapa unit, kita dah layak untuk masuk ke mesyuarat tahunan, menerima dividen, membuat undian dan pelbagai lagi. Setiap kali sebelum mesyuarat, pasti kita akan mendapat notis mesyuarat yang dihantar melalui pos.

Pelaburan saham ini hanya dibuka mengikut hari bekerja di Kuala Lumpur iaitu waktu transaksi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Rehat pada pukul 1230 tengahari hingga 230 petang.  Jika Kuala Lumpur ada cuti umum, bursa akan ditutup. Bursa juga biasanya akan dibuka separuh hari terutamanya ketika esoknya merupakan perayaan.

 

 

 

Hukum melabur saham

Hukum melabur saham adalah harus selagi mana kita melabur pada kaunter yang patuh syariah. Macam mana patuh syariah tu? Yang pasti syarikat tersebut mestilah menjalankan perniagaan yang halal. Ada juga syarikat yang menjalankan perniagaan yang harus, tetapi tidak patuh syariah disebabkan atas beberapa isu.

Berikut merupakan sedikit keratan daripada Majlis Penasihat Syariah

Untuk mengetahui senarai sekuriti ataupun saham yang patuh syariah boleh melawat laman web Suruhajaya Sekurikti di https://www.sc.com.my/bm/laman-utama

Tips keramat dalam pelaburan saham

Dalam pelaburan ni, kita kene pegang beberapa tips. Antaranya, JANGAN KEJAR HARGA, iaitu harga dah naik tinggi, kita baru nak beli saham itu. Yang ini jangan. Peluang untuk kita berada di pucuk dan duduk di kondo tingkat atas sangat besar. Kalau kita dah beli harga tinggi, untuk dia naik ke harga yang lebih tinggi dari kita beli mungkin memakan masa yang lama. Jangan bimbang, ada banyak lagi kaunter yang berpotensi dalam bursa Malaysia ini. 1 dah jalan 10 lagi masih memanaskan enjin.

Tips kedua, JANGAN ALL IN DAN GUNAKAN DUIT EMERGENCY/HUTANG/DUIT KEPERLUAN. Gunakan duit yang kita boleh rugi sahaja dalam pelaburan ini. Menggunakan duit yang kita akan perlukan di masa akan datang pastinya mengganggu emosi kita sebagai pelabur.

Seterusnya JANGAN IKUT ORANG. Ada rakan beli kaunter A, kita pon beli kaunter A. Beli mengikut analisis sendiri dan risiko sendiri. Duit kita risiko kita.

Kata-kata keramat Warren Buffet

Kata-kata keramat Warren Buffet

Bagaimana untung sesuatu saham diperolehi

Saham adalah mematuhi hukum transaksi jual beli yang asas iaitu supply and demand iaitu penawaran dan permintaan. Banyak permintaan kurang penawaran harga akan menjadi mahal, kurang permintaan dan banyak penawaran menyebabkan harga menjadi murah.

Keuntungan dalam pelaburan saham ini diperolehi melalui kenaikan harga saham. Tapi perlu ingat, selagi kita tidak menjual saham pada harga tertentu, kita masih belum realise kita punya profit. Begitu juga dengan rugi, apabila saham yang kita beli mengalami penurunan, pastinya kita akan mengalami kerugian. Namun, kerugian tersebut belum realise iaitu belum betul2 rugi selagi kita tidak jual harga saham tersebut pada harga rugi. Jadi, kalau turun sekalipun harga saham turun sebanyak 30 percent, jangan jual kerana turun naik harga saham adalah normal.

Rajah di atas menunjukkan screenshot bagi 2 broker yang berbeza yang memaparkan market depth ketika urusniaga. nombor di bawah bestbuy merupakan bilangan akaun cds yang menawarkan untuk membeli sejumlah 650 lot saham dengan harga 0.265 iaitu 26 sen setengah. Nombor di bawah best sell pula iaitu 1 akaun dengan 500 lot saham untuk dijual pada harga 0.270 sen. Jadi,sekarang kita ada 2 pilihan sama ada untuk beratur qbuy untuk membeli pada harga 0.265 ataupun terus membeli saham tersebut pada harga 0.270. Kita hanya boleh membeli dengan harga 0.27 sebanyak 500 lot saham sahaja. Jika kita ingin membeli 1000 lot saham,kita perlu membeli dengan harga 0.27 sebanya 500 lot, dan 500 lot lagi dengan o.275. Ini akan menyebabkan kenaikan harga saham. Market dept akan diceritakan dengan lebih mendalam pada posting lain selepas ini.

Jenis pelabur

Pelabur dalam saham ini ada yang intraday, swing trader dan long term investor. Intraday maksudnya dia beli saham dan jual saham pada hari yang sama. Swing trader pula dia beli saham dan mungkin jual dalam masa 3-4 bulan. Long term investor adalah mereka yang membeli saham dan menyimpan saham dengan lama mungkin bertujuan untuk mendapatkan dividen selain keuntungan daripada kenaikan harga saham.

Stocks, Stock Exchange, Trade

Tempoh mahir melabur saham

Untuk menjadi mahir bergantung pada individu. Belajar sebulan lebih sambil berdagang dengan ‘paper trade’ iaitu berdagang olok-olok salah satu cara yang baik untuk menambah kefahaman dan persediaan sebelum melabur dengan betul menggunakan duit sendiri. Mempunyai akaun cds lebih awal juga membolehkan kita monitor pergerakan harga dan transaksi yang berlaku dalam sesuatu saham.

Untuk belajar saham secara paper trade di bursamarketplace – https://www.bursamarketplace.com/

Terms atau istilah yang akan biasa kita jumpa dalam pelaburan

Dalam pelaburan saham, kita akan jumpa pelbagai istilah-istilah yang orang akan sebut.Contohnya bullish, bearish, uptrend, tayor, bayor, corporate exercise, private placement, waran, limit up, limit down, gap up, market depth, quote, best buy, best sell yang biasa akan disebut oleh mereka yang terlibat dengan saham. Istilah-istilah akan dikupas selepas ini.

Akaun untuk melabur saham

Untuk melabur saham kita perlukan akaun CDS iaitu Central Depository Service. Akaun ini boleh dibuka melalui pelbagai broker seperti Mplus, UOB Kay Hian, Maybank, CIMB dan pelbagai lagi. Setiap broker ini mempunyai aplikasi telefon sendiri bagi memudahkan urusan.

Senarai broker saham (contoh sahaja)

  1. Mplus

daftar di https://www.mplusonline.com.my/macsecos/index.asp

2. UOB Kay Hian

daftar di https://www.utrade.com.my/

broker-broker saham yang lain boleh rujuk website broker tersebut. Perlu ingat, setiap broker mempunyai keistimewaan sendiri dari segi screener, caj broker dan pelbagai lagi. Sementara menunggu banyak lagi nota, boleh register kerana proses ini juga memakan masa seminggu sehingga sebulan.

Jom like dan follow telegram dan fb di bawah

Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan telegram di bawah

Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree

Analisis

Dalam membuat pilihan proses membeli sesuatu saham, terdapat beberapa analisis yang perlu kita lakukan iaitu Fundamental Analisis, Teknikal Analisis dan Sentimen Analisis. Di bawah diceritakan secara ringkas berkenaan dengan kemahiran analisis yang ada. Belajar saham ini sangat mementingkan 3 analisis ini. Hari ini penulis ceritakan secara ringkas, selepas ini dimulakan dengan candlestick, fundamental analisis, teknikal analisis dan sentimen analisis. Ikut turutan ya. Sentimen analisis yang terakhir sekali sambil menanti kes studi yang belum selesai. Sama-sama doakan.

Fundamental Analisis

Analisis paling penting, fundamental analisis FA. FA ini secara ringkas adalah analisis berkenaan latar belakang syarikat termasuk siapa lembaga pengarah, model bisnes, market cap, laporan kewangan suku tahunan dan tahunan, pemberian dividen dan pelbagai lagi. Nanti akan dikupas satu persatu.

Contoh istilah yang terdapat pada screener untuk FA sesuatu kaunter saham melalui klsescreener.

Teknikal Analisis

Teknikal analisis pula melibatkan graf dan carta yang menggunakan pelbagai petunjuk (indicator dan oscilator) untuk meramalkan pergerakan harga saham sama ada dalam sehari, seminggu, sebulan setahun atau beberapa tahun. Akan dikupas selepas ini.

Contoh analisis teknikal menggunakan Bollinger Band dan RSI

Candlestick

Candlestick merupakan salah satu analisis di bawah teknikal analisis. Candlestick melambangkan pergerakan harga pada sehari atau mengikut time frame yang dipilih.

Candlestick – bentuk seperti lilin – hijau dan merah

Candlestick hijau menunjukkan harga ditutup lebih tinggi berbanding harga saham ketika dibuka. Candlestick merah pula melambangkan harga saham ditutup lebih rendah berbanding harga dibuka.

Sentimen Analisis

Sentimen Analisis pula kajian terhadap sentimen, berita, news terhadap pergerakan harga saham. Berita memainkan peranan penting dalam pergerakan saham. Sebagai contoh, masalah audit kewangan syarikat boleh menyebabkan harga saham sesuatu syarikat turun. Penemuan telaga minyak, kejayaan mendapatkan projek sama ada luar negara atau dalam negara boleh menyebabkan harga sesuatu saham itu meningkat. Kajian kes akan diberikan kemudian.

Pengumuman syarikat boleh dibaca di – https://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement

Setiap apa yang berlaku dalam syarikat sama ada laporan kewangan, corporate exercise, pemilikan atau pelupusan saham akan dipaparkan di sini.

The post Belajar dan buat duit dengan saham di Bursa appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Belajar dan buat duit dengan saham di Bursa

Belajar dan buat duit dengan saham di Bursa merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Belajar dan buat duit dengan saham di Bursa atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Belajar dan buat duit dengan saham di Bursa Reviewed by Unknown on 2:16 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.