Top Ad unit 728 × 90

Garis Panduan Pergerakan Murid Asrama Pulang Sempena Aidilfitri

Garis Panduan Pergerakan Murid Asrama Pulang Sempena Aidilfitri medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Garis Panduan Pergerakan Murid Asrama Pulang Sempena Aidilfitri

Perkongsian berkaitan dengan Garis Panduan Pergerakan Murid Pulang Asrama Sempena Aidilfitri

Garis Panduan Pengurusan Murid Asrama Pulang Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 bertujuan untuk memastikan pergerakan pulang murid asrama ke rumah dari sekolah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Semua murid asrama dibenarkan pulang secara berperingkat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri mulai 6 Mei 2021 (Khamis) bagi sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 7 Mei 2021 (Jumaat) bagi sekolah Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Murid perlu kembali semula ke sekolah sebelum atau pada 12 Jun 2021 (Sabtu) bagi sekolah Kumpulan A dan sebelum atau pada 13 Jun 2021 (Ahad) bagi sekolah Kumpulan B.

Murid asrama akan pulang ke rumah dengan cara berikut:

3.1.1  menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah;

3.1.2  dijemput oleh ibu bapa/penjaga;

3.1.3  menggunakan pengangkutan udara atau air (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan); atau

3.1.4  menggunakan kenderaan sendiri (hanya untuk pelajar KTE dan pelajar KV).

Bas disediakan oleh sekolah

3.2.1  Sekolah akan menyediakan bas untuk murid pulang mengikut jadual yang ditetapkan.

3.2.2  Senarai nama dan maklumat pergerakan murid (lokasi drop off point, nombor telefon ibu bapa/penjaga, nombor pendaftaran bas) disediakan.

3.2.3  Sekolah memaklumkan jadual pergerakan murid kepada ibu bapa/penjaga. Ibu bapa/penjaga perlu menjemput anak/anak jagaan mereka di lokasi yang telah ditetapkan.

3.2.4  Bas yang akan digunakan perlu diselenggara dan berada dalam keadaan selamat, disanitasi dan mempunyai pemandu kedua.

3.2.5  Guru bertugas akan menyelaras pergerakan murid berdasarkan jadual yang disediakan dan memantau perjalanan sehingga murid tiba di destinasi.

3.2.6  Murid akan diturunkan di lokasi yang ditetapkan.

3.2.7  JPN/PPD akan menghantar murid ke destinasi terdekat atau rumah mereka sekiranya ibu bapa/penjaga tidak dapat menjemput anak/anak jagaan di lokasi yang ditetapkan.

Kenderaan ibu bapa/penjaga

3.3.1  Ibu bapa/penjaga dibenarkan menjemput anak/anak jagaan di asrama untuk pulang ke rumah.

3.3.2  Surat pengesahan bagi tujuan pergerakan ibu bapa/penjaga merentas negeri/zon akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi setiap murid.

3.3.3  Kebenaran ini adalah untuk dua (2) orang ibu bapa/penjaga sahaja dalam setiap kenderaan.

3.3.4  Pihak sekolah/KTE/KV akan memaklumkan jadual pergerakan pulang murid kepada ibu bapa/penjaga.

3.3.5  Ibu bapa/penjaga yang sihat sahaja dibenarkan menjemput anak/anak jagaan di tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah (pick up point).

Pengangkutan udara atau air (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)

3.4.1  Pihak sekolah perlu menghantar murid ke lapangan terbang atau terminal mengikut jadual perjalanan.

3.4.2  Pihak sekolah perlu memastikan murid selamat sehingga selesai urusan daftar masuk (check in).

3.4.3  Guru pengiring perlu memaklumkan sebarang perubahan jadual penerbangan atau perjalanan kepada ibu bapa/penjaga.

3.4.4  Murid perlu mematuhi SOP pengangkutan udara atau air dan SOP negeri yang dimasuki.

Kenderaan sendiri (hanya untuk pelajar Tingkatan Enam dan KV)

3.5.1  Pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan daripada sekolah/KTE/KV masing-masing bagi pergerakan merentas negeri.

3.5.2  Kos perjalanan ditanggung sendiri oleh pelajar.

3.5.3  Pelajar perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

 

Garis panduan ini boleh diperhatikan di bawah

Garis Panduan Pengurusan Murid Asrama Pulang Sempena Hari Raya Aidilfitri

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Garis Panduan Pergerakan Murid Asrama Pulang Sempena Aidilfitri appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Garis Panduan Pergerakan Murid Asrama Pulang Sempena Aidilfitri

Garis Panduan Pergerakan Murid Asrama Pulang Sempena Aidilfitri merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Garis Panduan Pergerakan Murid Asrama Pulang Sempena Aidilfitri atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Garis Panduan Pergerakan Murid Asrama Pulang Sempena Aidilfitri Reviewed by Unknown on 11:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.