Top Ad unit 728 × 90

Segak 2021 hanya dilaksanakan pada Ogos

Segak 2021 hanya dilaksanakan pada Ogos medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Segak 2021 hanya dilaksanakan pada Ogos

Program penilaian  Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan  ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari.  Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu “Naik turun bangku”, “Tekan tubi”, “Ringkuk Tubi Separa” dan “Jangkauan Melunjur”

Antara SOP Pelaksanaan Segak dalam tempoh PKP ini ialah

  1. Memastikan murid dan guru mencuci tangan sebelum dan selepas melakukan aktiviti.
  2. Memeriksa suhu badan murid.
  3. Murid tidak memakai pelitup muka.
  4. Peralatan disanitasi sebelum ujian dilaksanana.
  5. Penjarakan sosial 1 meter diamalkan.
  6. Murid perlu membawa tuala mandi dan tuala muka.
  7. Tilam senaman sentiasa kering.
  8. Elakkan murid melakukan ujian beramai-ramai.

SOP terkini segak boleh rujuk di bawah

SOP Pelaksanaan Segak Norma Baharu

Bagi tahun 2021 ini, Berikutan kemasukan murid sepenuhnya ke sesi persekolahan secara bersemuka pada bulan April 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa ujian SEGAK bagi bulan Mac 2021 dibatalkan dan dilaksanakan sekali sahaja bagi tahun 2021 iaitu pada bulan Ogos seperti butiran berikut:’

KPM juga melalui surat edaran ini juga mengingatkan pihak sekolah supaya memastikan ujian Segak dilaksanakan dengan mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan SEGAK (Perkara 11.0) yang terdapat dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 serta video Pelaksanaan SEGAK dalam Norma Baharu yang boleh dilayari melalui pautan YouTube Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

Berikut merupakan surat edaran tersebut untuk dijadikan rujukan guru

PELAKSANAAN_SEGAK_BAGI_TAHUN_2021

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Segak 2021 hanya dilaksanakan pada Ogos appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Segak 2021 hanya dilaksanakan pada Ogos

Segak 2021 hanya dilaksanakan pada Ogos merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Segak 2021 hanya dilaksanakan pada Ogos atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Segak 2021 hanya dilaksanakan pada Ogos Reviewed by Unknown on 11:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.