Top Ad unit 728 × 90

Bahan PPDa Sekolah

Bahan PPDa Sekolah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Bahan PPDa Sekolah

Perkongsian kali ini melibatkan bahan PPDa di sekolah iaitu contoh carta organisasi dan juga poster-poster berkaitan. Kongsikan kepada penyelaras ppda sekolah.

Fenomena penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah perlu dipandang serius kerana ia mempunyai perkaitan dengan permasalahan disiplin seperti merokok, ponteng sekolah, melawan guru, mencuri, bergaduh dan merosakkan harta benda sekolah.

Pada kebiasaannya, pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bukan sahaja menghadapi permasalahan disiplin dan akademik tetapi mereka juga terdedah kepada risiko gejala sosial di luar sekolah seperti penglibatan dengan kumpulan samseng, pergaulan bebas, melepak, kehamilan sebelum kahwin dan lari dari rumah (AADK, 2007). Kementerian Pelajaran telah mengatur pelbagai strategi pencegahan awalan bagi menangani permasalahan dadah dalam kalangan pelajar. Salah satu daripada strategi tersebut ialah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah.

Program tersebut ditumpukan di sekolah kerana hasil kajian menunjukkan penagih dadah mula mencuba dadah ketika mereka masih di bangku sekolah lagi iaitu dalam lingkungan usia 13 hingga 17 tahun. Dengan itu, Program PPDa merupakan salah satu daripada sistem sokongan sekolah ke arah menangani gejala sosial yang melibatkan kalangan pelajar sekolah. Program PPDa ini harus dapat memupuk semangat jati diri pelajar yang seterusnya dapat membentuk nilai murni, budi pekerti yang mulia dan terpuji, kerohanian yang luhur dan memiliki perasaan cinta serta sayang kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Objektif PPDa adalah untuk mewujudkan pemikiran generasi muda yang bebas daripada pengaruh dadah, menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah mereka daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Usaha untuk mencegah dadah ditumpukan kepada generasi muda kerana mereka merupakan tulang belakang dan pewaris kepimpinan negara ini pada masa depan. Seperti yang kita sedia maklum, mencegah adalah lebih baik dari mengubat. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bagi memastikan generasi masa hadapan hidup aman dan gembira tanpa dadah.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah. Walaupun PPDa telah dilaksanakan secara menyeluruh yang meliputi peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan tetapi masih terdapat sebilangan pelajar sekolah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Berikut merupakan bahan ppda sekolah

Carta organisasi PPDa

Buku Mklumat Dadah 2019

Poster dadah dan ciri

Poster depresen

Poster fakta nps

Poster ganja

poster halusinogen

poster inhalan

Terima kasih.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Bahan PPDa Sekolah appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Bahan PPDa Sekolah

Bahan PPDa Sekolah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Bahan PPDa Sekolah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Bahan PPDa Sekolah Reviewed by Unknown on 4:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.