Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 KSSR 2021
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 KSSR 2021
Perkongsian kali ini melibatkan Dokumen Penjajaran Kurikulum DPK KSSR untuk sekolah rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Dokumen Penjajaran 2.0 ini disusun bersama dengan DSKP mengikut mata pelajaran. Kongsikan kepada rakan guru.
Susulan penutupan semula sekolah sepenuhnya mulai 9 Novermber 2020, sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga hari terakhir persekolahan bagi tahun 2020. Meskipun guru telah berusaha untuk melaksanakan PdPR, namun masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan memberi implikasi terhadap pembelajaran murid pada tahun 2021. Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 bagi tahun 2021.
Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 merupakan usaha KPM bagi membantu guru untuk memastikan kelangsungan pembelajaran murid dilaksanakan. Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah
kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR serta ditambah baik daripada dokumen penjajaran kurikulum sebelumnya. Kandungan kurikulum disusun berdasarkan kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala, kandungan tambahan dan pelengkap perlu diajar bagi menyokong keseluruhan pembelajaran sesuatu mata pelajaran yang boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran.
Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.
Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan terhadap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala kandungan tambahan dan kandungan pelengkap berperanan menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. Pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih fleksibel tanpa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Berikut merupakan DPK bagi kegunaa tahun 2021 yang diletakkan bersama dengan DSKP. DPK 2.0 kali ini baru dikeluarkan untuk subjek berkaitan Bahasa, Pendidikan Muzik dan Sejarah. Subjek lain mungkin akan menyusul.
DPK dan DSKP Tahun 1 semakan 2017
Koleksi DPK dan DSKP Tahun 2 KSSR Semakan 2017 (2018)
Koleksi DPK dan DSKP Tahun 3 KSSR Semakan 2017 (Bermula 2019)
Koleksi DPK dan DSKP Tahun 4 KSSR Semakan 2017
Koleksi DPK 2.0 dan DSKP Tahun 5 KSSR Semakan 2017
Berikut disediakan pautan kepada para guru untuk memuaturun DSKP tahun 6.
Klik pautan di bawah bagi dpk dskp mata pelajaran melibatkan bahasa iaitu BM, BI dan lain-lain lagi.
DPK dan DSKP tahun 6 mata pelajaran bahasa
Klik pautan di bawah bagi dpk dan dskp mata pelajaran bukan bahasa seperti SN, MT, RBT, SEJ PM dan lain-lain lagi.
DPK dan DSKP tahun 6 mata pelajaran selain bahasa
Terbaik !!!!
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
The post Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 KSSR 2021 appeared first on Sumber Pendidikan.
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 KSSR 2021
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 KSSR 2021 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 KSSR 2021 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: