Top Ad unit 728 × 90

Kemasukan Sekolah Khusus SBP 2021 Pentaksiran Standard Secara Berpusat

Kemasukan Sekolah Khusus SBP 2021 Pentaksiran Standard Secara Berpusat medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Kemasukan Sekolah Khusus SBP Pentaksiran Standard Secara Berpusat

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus, iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk tahun 2021.

KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point. Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

Sehubungan dengan itu, permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my dan permohonan ke Tingkatan Empat melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my. Semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.

Untuk makluman, pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%). Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.

Berikut merupakan kenyataan media berkenaan dengan pentaksiran ini iaitu kemasukan ke SBP 2021

Pesanan kepada ibubapa dan penjaga, mohon sahaja dahulu di MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh, mana tahu salah satu akan menjadi rezeki anak-anak anda.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Kemasukan Sekolah Khusus SBP 2021 Pentaksiran Standard Secara Berpusat appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Kemasukan Sekolah Khusus SBP 2021 Pentaksiran Standard Secara Berpusat

Kemasukan Sekolah Khusus SBP 2021 Pentaksiran Standard Secara Berpusat merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Kemasukan Sekolah Khusus SBP 2021 Pentaksiran Standard Secara Berpusat atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Kemasukan Sekolah Khusus SBP 2021 Pentaksiran Standard Secara Berpusat Reviewed by Unknown on 2:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.