Top Ad unit 728 × 90

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020

Antara perkara yang sering dinantikan oleh penjawat awam adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2019. Ini bukan apa, supaya memudahkan pegawai merancang pengurusan dan perbelanjaan kewangan keluarga. Maklumlah terdapat banyak komitmen yang perlu diselesaikan setiap bulan.

Tarikh pembayaran gaji telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu setiap 25Hb bagi setiap bulan. Namun, terdapat beberapa situasi di mana tarikh pembayaran gaji tersebut akan diawalkan.

Antara situasinya adalah jika 25hb jatuh pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, ia akan diawalkan pada hari Khamis.

Kenapa ia diawalkan? Ini kerana, tempoh pekerjaan di Malaysia tidak selaras, ada yang bekerja dari Ahad hingga Khamis dan ada yang berkerja dari Isnin hingga khamis. Jadi, syarat gaji perlu diterima pada hari bekerja bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran.

Pembayaran gaji juga akan diawalkan jika tarikh penerimaan gaji jatuh atau berdekatan dengan tarikh cuti perayaan. Jika tarikh perayaan jatuh pada 25hb, maka gaji akan diawalkan kepada tarikh di antara 15hb hingga 20hb. Tujuan tarikh ini diawalkan bagi memudahkan penerima gaji membeli barang-barang keperluan bagi menyambut perayaan.

Bagi tahun 2020, tiada tarikh pembayaran gaji yang luar biasa iaitu 2 minggu awal. Paling awal hanya gaji dibayar pada bulan Mei 2020 iaitu pada 14 Mei 2020 kerana Hari Raya Puasa jatuh pada 25hb Mei. Paling lama tempoh menunggu ialah selama 39 hari untuk pembayaran gaji seterusnya.

Yang menjadi sedikit hairan adalah pada oktober 2020, gaji dibayar pada 26 haribulan iaitu hari Isnin. Kebiasaanya jika 25hb jatuh pada hari cuti, ia akan diawalkan ke hari khamis.

Diharapkan dengan panduan tarikh pembayaran gaji ini, dapat membantu rakan rakan yang bergelar penjawat awam menguruskan kewangan dan perbelanjaan keluarga dengan berhemah dan berjimat cermat.

Bagi melihat tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2020 di bawah,

Tarikh pembayaran gaji ini adalah berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019. Surat boleh diperolehi di bawah

SPANM Bilangan 7 2019 – Pembayaran Gaji 2020

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020 Reviewed by Unknown on 12:21 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.