Top Ad unit 728 × 90

Takwim Cuti Persekolahan Sempena Perayaan 2020

Takwim Cuti Persekolahan Sempena Perayaan 2020 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Takwim Cuti Persekolahan Sempena Perayaan 2020

Bagi mereka yang bergelar guru di Sabah dan Sarawak terutamanya, mesti akan ternanti-nanti jadual cuti seperti ini bagi membolehkan tiket penerbangan ditempah awal bagi mengelakkan harga menjadi terlalu mahal.

Pada tahun ini melalui bahagian pengurusan sekolah harian, pihak kementerian pendidikan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan berkenaan cuti sekolah sempena perayaan ataupun cuti tambahan untuk menyambut perayaan tahun baru cina, hari raya aidilfitri dan deepavali

Bagi tahun baru cina, KPM memperuntukkan dua hari cuti persekolahan tambahan bagi kedua negeri kumpulan A dan kumpulan B. Bagi kumpulan A akan mendapat cuti 2 hari sebelum sambutan tahun baru cina iaitu pada 22 dan 23 Januari iaitu hari Rabu dan Khamis. Bagi kumpulan B juga akan mendapat dua hari cuti sebelum sambutan perayaan tahun cina iaitu pada 23 dan 24 Januari 2019 iaitu hari khamis dan jumaat.

Bagi Hari Raya Aidilfitri, KPM memberikan cuti tambahan dua hari bagi negeri kumpulan A dan kumpulan B. Cuti 2 hari yang diberikan ini adalah sebelum bermula cuti pertengahan tahun 2020. Kumpulan A akan mendapat cuti pada hari rabu dan khamis iaitu 20 dan 21 Mei manakalan negeri kumpulan B akan mendapat cuti pada khamis dan jumaat iaitu 21 dan 22 Mei.

Diharap dengan garis panduan ini, pihak pentadbiran sekolah dapat merancang dengan lebih teratur dan kemas program program sekolah sepanjang tahun 2020. Kepada ibubapa juga dapat merancang awal aktiviti keluarga semasa cuti tersebut. Kepada guru yang berada di borneo atau sebaliknya, boleh membuat tempahan tiket lebih awal namun pastinya dikhuatiri berlaku perubahan saat akhir ataupun guru tersebut mendapat rezeki pindah pulang ke semenanjung.

Cuti sempena Hari Deepavali juga diberikan oleh pihak kementerian sebanyak dua hari kepada negeri kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A mendapat 2 hari cuti selepas sambutan deepavali manakala kumpulan B mendapat cuti sehari sebelum dan selepas Deepavali.

Berikut merupakan takwim cuti sekolah sempena perayaan 2020 yang digariskan oleh pihak KPM.

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Takwim Cuti Persekolahan Sempena Perayaan 2020 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Takwim Cuti Persekolahan Sempena Perayaan 2020

Takwim Cuti Persekolahan Sempena Perayaan 2020 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Takwim Cuti Persekolahan Sempena Perayaan 2020 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Takwim Cuti Persekolahan Sempena Perayaan 2020 Reviewed by Unknown on 11:36 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.