Pekelliling Perkhidmatan Tambang Ehsan
Pekelliling Perkhidmatan Tambang Ehsan
Diharap perkongsian ini dapat memberi info dan maklumat kepada pegawai pegawai yang berkenaan seterusnya meringkankan beban pulang ke wilayah asal terutamanya mereka yang berkeluarga. Pekeliling Perkhidmatan Tambang Ehsan bilangan 5 1978 berserta borang dan prosedur kerja daripada Jabatan Akauntan Negara.
Kemudahan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang memenuhi takrifan pegawai “bertukar wilayah” berdasarkan peraturan perenggan 7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978. Kemudahan ini disediakan hanya sekali bagi salah satu daripada dua (2) tujuan iaitu sakit tenat atau meninggal dunia dari tempat pegawai bertugas ke ibu kota wilayah asal pegawai. Pegawai layak diberi 4 kali sahaja untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mertua dan bapa mertua yang sakit tenat atau meninggal dunia.
SYARAT
TAMBANG EHSAN
- Hanya pegawai yang bertukar wilayah yang layak menerima kemudahan Tambang Ehsan.
- Bagi pegawai suami isteri yang bertukar wilayah, walau pun mereka berkhidmat di Jabatan yang sama, masingmasing layak dipertimbangkan kemudahan tambang ehsan atas kelayakan individu pegawai.
- Peraturan bagi anakanak pegawai menziarahi pegawai atau ibu/bapanya yang sakit tenat di wilayah pegawai berkhidmat, boleh diberi tertakluk kepada syarat anakanak pegawai tidak pernah menggunakan kemudahan tambang kapal terbang ketika pegawai bertukar wilayah.
- Ibu bapa atau ibu bapa mertua pegawai bertukar wilayah meninggal dunia di wilayah pegawai berkhidmat tetapi dikebumikan di wilayah asalnya.
KADAR
- Kemudahan ini hanya diberikan sekali sahaja bagi tujuan sama ada sakit tenat atau meninggal dunia.
- Pegawai hanya layak diberi kemudahan sekali sahaja bagi seorang ibu bapa atau ibu bapa mertua. Ini bermakna pegawai layak diberi 4 kali sahaja jika beliau mempunyai ibu bapa dan ibu bapa mertua. Kemudahan ini terhad kepada 4 kali sepanjang perkhidmatan
LAMPIRAN D
8. Kemudahan hanya diberi untuk seorang sahaja sama ada kepada pegawai dengan tambang mengikut kelayakan atau seorang ahli keluarga dengan tambang penerbangan Kelas Ekonomi. Tambang dibayar dari tempat bertugas ke bandar utama wilayah asal sahaja.
Berikut merupakan borang dan prosedur kerja bagi menggunakan kemudahan tambang ehsan. Kongsikan
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
The post Pekelliling Perkhidmatan Tambang Ehsan appeared first on Sumber Pendidikan.
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Pekelliling Perkhidmatan Tambang Ehsan
Pekelliling Perkhidmatan Tambang Ehsan merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Pekelliling Perkhidmatan Tambang Ehsan atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: