Top Ad unit 728 × 90

Contoh Karangan Terbaik UPSR

Contoh Karangan Terbaik UPSR medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Contoh Karangan Terbaik UPSR

Perkongsian ini melibatkan contoh karangan terbaik UPSR yang boleh dibaca dan diperhatikan oleh murid. Berikut merupakan contoh karangan terbaik UPSR.

Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan bahawa ada banyak faedah menonton televisyen kepada masyarakat.

Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita boleh menonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlaku di luar negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih mengetahui peristiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna. Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusi televisyen bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh memberi informasi kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan itu. Maka, pelajar boleh mempelajari tentang pelajarannya menerusi program televisyen juga.

Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskan dengan begitu berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu, tindakan menonton televisyen memastikan seseorang itu menghabiskan masanya dengan bermanfaat.

Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu tindakan yang berfaedah kepada manusia itu. Kebanyakan siaran televisyen berupaya untuk menjana pemikiran seseorang menjadi lebih kritis dan kreatif. Cuma kita perlu mengawalnya agar sikap menonton ini tidak keterlaluan atau terlalu lama untuk satu tempoh tertentu pula.

Berikut merupakan contoh karangan terbaik UPSR.

Contoh Karangan Yang Terbaik UPSR

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com

The post Contoh Karangan Terbaik UPSR appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Contoh Karangan Terbaik UPSR

Contoh Karangan Terbaik UPSR merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Contoh Karangan Terbaik UPSR atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Contoh Karangan Terbaik UPSR Reviewed by Unknown on 1:51 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.