Top Ad unit 728 × 90

Koleksi eRPH Sekolah Rendah KSSR

Koleksi eRPH Sekolah Rendah KSSR medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Koleksi eRPH Sekolah Rendah KSSR

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran.

Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah.

Seiring dengan perkembangan zaman, proses penyediaan rph ini telah berkembang melalui penulisan di dalam buku rekod, kemudian di dalam fail dan seterusnya secara atas talian ataupun erph.

Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus.
Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) merupakan antara negeri terawal menggunakan sistem erph. JPNT menyasarkan semua sekolah di Terengganu menggunakan penggunaan Elektronik Rancangan Pengajaran Harian (eRPH) bermula 2020.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, sebanyak 173 daripada 550 sekolah di Terengganu bersetuju untuk menggunakan eRPH. Menurutnya, guru besar, guru dan pelatih eRPH dari sekolah yang terlibat telah diberikan pendedahan mengenai eRPH. Dan eRPH ini merupakan usaha dari guru di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam.

Berikut merupakan Koleksi eRPH Sekolah Rendah KSSR

eRPH Pend Islam

eRPH Bahasa Arab

eRPH Bahasa Cina KSSR

eRPH Bahasa Melayu

eRPH B Kadazan

English eRPH

eRPH Matematik

eRPH Muzik

eRPH Pendidikan Jasmani

Pendidikan Moral eRPH

eRPH Pendidikan Kesihatan

eRPH Pend Seni Visual

eRPH Reka Bentuk Teknologi

Sains eRPH

eRPH Sejarah

teknologi maklumat komunikasi erph

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Koleksi eRPH Sekolah Rendah KSSR appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi eRPH Sekolah Rendah KSSR

Koleksi eRPH Sekolah Rendah KSSR merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Koleksi eRPH Sekolah Rendah KSSR atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi eRPH Sekolah Rendah KSSR Reviewed by Unknown on 10:36 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.