Top Ad unit 728 × 90

Iklan Jawatan Kosong di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Iklan Jawatan Kosong di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

Iklan Jawatan Kosong di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Iklan Jawatan Kosong di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini terbuka dan tertakluk kepada beberapa syarat. Mohon di baca dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

SYARAT-SYARAT UMUM

  1. pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
  2. pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
  3. mempunyai prestasi kerja di tahap 85% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut (2015, 2016 dan 2017);
  4. mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
  5. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan
  6. pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

  1. Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka)
    1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 41/44 atau setaraf;
  2. Atase Pendidikan (Promosi) Gred 41/44 (Terbuka)
    1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 41/44 atau setaraf;
  3. Atase Pendidikan Agama Gred 41/44 (Terbuka)
    1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 41/44 atau setaraf; dan
    2. pegawai mempunyai pengetahuan, pengalaman dan sumbangan dalam bidang berkaitan bimbingan agama islam.
  4. Warden Gred 32/34 (Terbuka)
    1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 32/34 atau setaraf dan pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan hal ehwal pelajar dan pengurusan asrama.
  5. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:
    1. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau
    2. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
  6. Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mencapai tarikh persaraan wajib.
  7. Mempunyai pengalaman dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa.
  8. Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dengan kelululusan IELTS sekurang-kurangnya band 6.5 (salinan keputusan IELTS perlu dikemukakan sebagai prasyarat sekiranya ditawarkan jawatan). Kos yang berkaitan adalah atas tanggungan pegawai.

KEUTAMAAN DIBERI KEPADA PEMOHON

  1. Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum.
  2. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat, hal ehwal pelajar, pengurusan kewangan dan akaun, tugas promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa.
  3. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan, polisi dan hala tuju pendidikan tinggi Malaysia.
  4. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat, hal ehwal pelajar, pengurusan kewangan dan akaun, tugas promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa.
  5. Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris.
  6. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa lain (sila nyatakan dalam borang permohonan).

CARA MEMOHON

  1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.500-3/4/3 Jld.4 [pindaan 2018] yang boleh dimuat turun di sini ( Borang Permohonan Pengisian Jawatan di Education Malaysia )
  2. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
    1. senarai tugas pegawai terkini;
    2. satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh daripada yang terkini;
    3. satu (1) salinan Sijil/ Diploma/ Ijazah yang berkaitan yang disahkan;
    4. satu (1) salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
    5. satu (1) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang lengkap (bermula perkhidmatan sehingga yang terkini); dan
    6. satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (2015, 2016 dan 2017).
  3. Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan (covering letter) kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Tinggi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 15, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p: Urusan Pengambilan EM)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 24 April 2018. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

TEMU DUGA

Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh tutup permohonan.

KEPUTUSAN

Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada calon yang berjaya sahaja. Pertimbangan untuk penempatan negara adalah tertakluk kepada keputusan panel penilai temu duga yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Urus Setia melalui bpsmem@mohe.gov.my.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Iklan Jawatan Kosong di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Encik Mohd Aried Rifke


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Iklan Jawatan Kosong di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Iklan Jawatan Kosong di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Iklan Jawatan Kosong di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Iklan Jawatan Kosong di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Reviewed by Unknown on 9:42 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.