Top Ad unit 728 × 90

5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam

5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan berkaitan perkara-perkara yang perlu anda tahu sebagai penjawat awam dalam mendapatkan perkhidmatan perubatan.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 5 perkara yang perlu anda tahu.

  1. SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON PERBELANJAAN BAGI KEMUDAHAN PERUBATAN?

Pesara Awam Persekutuan, ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan anak yang berumur di bawah 18 tahun atau yang masih bersekolah di bawah umur 21 tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.

  1. ADAKAH PESARA PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN LAYAK MEMOHON PERBELANJAAN BAGI KEMUDAHAN PERUBATAN?

Peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan kepada pesara & ahli tanggungan yang layak adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 berkuat kuasa 1/11/2009. Walau bagaimanapun, pemakaian pekeliling tersebut kepada Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan adalah tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

  1. APAKAH KEMUDAHAN PERUBATAN YANG BOLEH DITUNTUT OLEH PESARA AWAM PERSEKUTUAN?

Pembekalan ubat, pembekalan alat perubatan, rawatan buah pinggang, rawatan kepakaran di hospital swasta, rawatan kecemasan di hospital swasta, rawatan kemandulan, rawatan di IJN dan rawatan di luar negeri.

  1. BAGAIMANAKAH TUNTUTAN PERBELANJAAN BAGI PEMBEKALAN UBAT / PERALATAN PERUBATAN BOLEH DIBUAT?

Pesara perlu mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di hospital/klinik kerajaan dan mendapat perakuan/pengesahan oleh Pegawai/ Pakar Perubatan. Borang yang perlu diisi ialah Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya).

  1. APAKAH KELAYAKAN TUNTUTAN PERJALANAN BAGI TUJUAN MENDAPATKAN RAWATAN?

Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang Pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.

RUJUKAN : 

  1. Perintah Am Bab B
  2. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003
  3. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2Tahun 2006
  4. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu 5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam  dapat membantu anda dalam mengetahui sedikit sebanyak berkaitan urusan dalam mendapatkan perkhidmatan ini. Ketahui hak-hak anda sebagai seorang penjawat awam.

5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam

5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link 5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam Reviewed by Unknown on 9:15 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.