Bapa Murid Tahun 4 Mahu Bawa Kes Yuran PIBG Naik RM5 & Bayaran Khidmat Wifi ke Kementerian
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
Nampaknya seawal Tahun 2018 ini kita telah dikejutkan pelbagai perkara dan diantaranya ialah isu seorang bapa kepada murid tahun 4 yang ingin membawa isu kenaikan yuran PIBG sebanyak RM5 dari RM15 ke RM20 ke pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Apa isunya? Berikut saya kongsikan.
Status Facebook Seorang Bapa Mengenai Yuran PIBG & bayaran Khidmat WIFI
Pagi tadi bawa anak daftar Tahun 4. Cikgu maklumkan bayaran PIBG naik dari RM15 ke RM20, yang peliknya ada bayaran khidmat WIFI keatas kesemua student.
Dan yang amat LUAR BIASA bayaran resit pada awalnya tiada cop rasmi sekolah. Itupun setelah saya minta pihak sekolah mengesahkan bayaran tersebut maka barulah resit tersebut dicop.
Kepada pihak sekolah, saya akan membawa perkara berkaitan bayaran yuran PIBG yang dinaikkan dan para pelajar dikenakan bayaran khidmat WIFI ini kepada pihak Kementerian.
Persoalan disini timbul. Ramai ibubapa diluar sana yang mungkin tidak faham situasi sebenar akan berprasangka. Ya, mungkin ada. Jadi hal ini perlu diterangkan dengan jelas agar persepsi buruk ini dapat dihakis dari puncanya terus. Apa perlu buat?
Reaksi Netizen Bercampur Gaul Mengenai Isu Ini. Ada Faham dan Ada Keliru
Kemungkinan Jawapan Logik
- 1. Sekarang proses Pdpc banyak menerapkan penggunaan komputer, malah gadget khas untuk pembelajaran. Pdpc dan VLE Frog memerlukan sumber internet yang kuat. Ada sekolah yang melanggan khas Streamyx yang laju untuk menampung penggunaan internet yang tinggi di sekolah.
- Ada sekolah yang tidak mendapat wifi dari kerajaan mungkin masalah tertentu. Atau wifi yang ada slow! Jadi Streamyx dan Unifi adalah pilihan yang ada. Kalau tak, takkan murid nak tunggu loading komputer lama dan buang masa.
- 3. Kutipan PIBG adalah hasil dari perbincangan IBUBAPA dan guru. Nilainya ditetapkan dalam mesyuarat dan kutipan serta akaun WAJIB dibentangkan kepada semua terutama semasa mesyuarat. Jadi, ayah murid ini sebenarnya pergi mesyuarat ke tak?
Berikut Antara Komen Netizen
“Dekat taiping, ada beberapa skolah internetnya pakai stremyx yg skolah kena baya sdr.. Kdg2 duit peruntukan skolah.. X pernah updaTe, kos dr zaman bapak kita.. BayAbgkan kos sbenar handle sukan skolah rm1200 kpm bagi rm400, nak buat sukan pala hotak apa? Skali buat mesort pibg baru la leh nyawa sbb pakai duit pibg skit.. Tu angpa2 yg kondem aku mana tau.. Cikgu suruh pi mensorat angpa g lepak kedai kopi.”
“Biasanya sbrg byrn yg ditetapkan di peringkat sek telah dipersetujui dlm mesy pibg. Pibg ni siapa? Ibu bapa dan guru. Maknanya..org yg komplen ni ialah ibu bapa yg tak dtg mesyuarat pibg. Sbb kalu dia dtg, dia boleh bangun utk bantah…bila ada bantahan, pihak sek tak blh laksanakan. Harap lebih faham.”
“Ok, mak ayah sila balik dan buka buku anak-anak. Tahu tak kat sekolah depa ada kena buat VLE Frog, ada subjek TMK (Teknologi Maklumat Komunikasi), nak kena belajar buat blog, nak kena buat itu ini semua guna internet dah! Internet ni tak semua sekolah dapat. Kalau ada pun, haram slow giler. So, streamyx atau Unifi adalah pilihan terbaik. Baru senang cikgu ajar. Anak-anak angpa pun sedap nak search cari maklumat laju berdesup! Masa 30 minit takkan nak tunggu Google Chrome loading je!”
Antara Penggunaan Internet (Kritikal Kena Pakai) oleh Murid di Sekolah
Ramai ibubapa yang mungkin tidak cakna mengenai pendidikan anak-anak. Yang mereka tahu ialah marah sahaja. Itulah yang sangat mendukacitakan. Baiklah, jadi untuk buka minda dan mata anda semua jadi ini antara yang kritikal.
Nampak dah sekarang?
Bapa Murid Tahun 4 Mahu Bawa Kes Yuran PIBG Naik RM5 & Bayaran Khidmat Wifi ke Kementerian
Encik Mohd Aried Rifke
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Bapa Murid Tahun 4 Mahu Bawa Kes Yuran PIBG Naik RM5 & Bayaran Khidmat Wifi ke Kementerian
Bapa Murid Tahun 4 Mahu Bawa Kes Yuran PIBG Naik RM5 & Bayaran Khidmat Wifi ke Kementerian merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Bapa Murid Tahun 4 Mahu Bawa Kes Yuran PIBG Naik RM5 & Bayaran Khidmat Wifi ke Kementerian atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: