Top Ad unit 728 × 90

Kebenaran Pulang Awal Satu Jam bagi Pegawai yang mengandung

Kebenaran Pulang Awal Satu Jam bagi Pegawai yang mengandung medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Kebenaran Pulang Awal Satu Jam bagi Pegawai yang mengandung

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kebenaran pulang awal satu jam daripada masa bekerja biasa bagi pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas serta dipanjangkan kepada suami yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam dan bekerja di lokasi yang berdekatan.

Pelaksanaan umum kemudahan ini adalah seperti berikut: kemudahan ini diperuntukkan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam lantikan tetap dan kontrak (contract of service);

pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini;, pegawai boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini pada bila-bila masa, bermula apabila pegawai wanita mengandung lima bulan dan ke atas

kemudahan ini akan tamat sehari selepas tarikh akhir yang diluluskan atau pada tarikh mulanya Cuti Bersalin, mengikut mana yang terdahulu; dan

penggunaan kemudahan ini adalah berdasarkan permohonan pegawai dan kelulusan Ketua Jabatan. Borang permohonan adalah seperti di Lampiran A yang diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan. Borangini perlu dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran pejabat.

Kemudahan ini dipanjangkan kepada pegawai lelaki tertakluk kepada syarat berikut: pegawai lelaki berkenaan pulang bersama-sama isterinya yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam yang mengandung lima bulan dan ke atas; dan isteri pegawai telah diberi kelulusan oleh Ketua Jabatan untuk menggunakan kemudahan ini dan pegawai hendaklah melengkapkan borang permohonan seperti di Lampiran A. Borang ini diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan isteri pegawai dan dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran pejabat.

Pegawai  yang  menggunakan  kemudahan  kebenaran  untuk  meninggalkan pejabat bagi tempoh empat jam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Surat Edaran JPA bertarikh 9 Disember 2009, dianggap telah menggunakan kemudahan ini bagi hari tersebut kerana pengiraan tempoh empat jam tersebut adalah termasuk tempoh penggunaan kemudahan ini.

Pada bulan Ramadan, pegawai boleh dibenarkan memilih untuk menggunakan kemudahan ini atau kemudahan WBB bulan Ramadan. Peraturan kerja lebih masa dalam melaksanakan kemudahan ini adalah seperti berikut:

pegawai yang memilih untuk menggunakan kemudahan ini tidak dibenarkan menuntut bayaran lebih masa bagi tujuan menyelesaikan tugasan hakiki yang tertunggak kerana pulang lebih awal. Contohnya, pegawai pulang awal satu jam setiap hari menyebabkan kerjanya tertunggak dan kemudiannya datang pada hari Sabtu (Hari Rehat Mingguan) atau hari Ahad (Hari Kelepasan Mingguan) untuk melaksanakan kerja yang tertunggak tersebut, pegawai tidak dibenarkan membuat tuntutan bayaran lebih masa. Oleh itu, pegawai hendaklah bijak dalam menguruskan masa bagi memastikan kerja-kerja hariannya diselesaikan; dan

Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk bekerja lebih masa atas sebab kepentingan perkhidmatan selaras dengan peraturan kerja lebih masa yang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, tuntutan bayaran lebih masa hanyalah dibenarkan bagi kerja-kerja selain daripada kerja-kerja tertunggak yang disebabkan oleh penggunaan kemudahan ini.

Bagi Perkhidmatan Pendidikan yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa di sekolah atau institusi pendidikan, dan perkhidmatan yang waktu bekerjanya berlainan daripada waktu bekerja pejabat seperti waktu bekerja syif, Ketua Jabatan boleh menyediakan peraturan dalaman berkaitan kemudahan ini yang bersesuaian dengan kepentingan perkhidmatan masing-masing.

Berikut merupakan pekeliling tersebut untuk dijadikan rujukan dan boleh diberikan kepada ketua jabatan atau pentadbir jabatan masing masing.

Pekeliling Kebenaran Pulang Awal Satu Jam bagi pegawai yang mengandung

In sha Allah berguna kepada rakan guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Kebenaran Pulang Awal Satu Jam bagi Pegawai yang mengandung appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Kebenaran Pulang Awal Satu Jam bagi Pegawai yang mengandung

Kebenaran Pulang Awal Satu Jam bagi Pegawai yang mengandung merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Kebenaran Pulang Awal Satu Jam bagi Pegawai yang mengandung atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Kebenaran Pulang Awal Satu Jam bagi Pegawai yang mengandung Reviewed by Unknown on 11:07 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.