Top Ad unit 728 × 90

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S)

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sistem Guru Online berkongsi berkaitan dasar yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan kokurikulum iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S). Apakah dasar tersebut? Berikut merupakan soalan-soalan yang berkaitan dengan dasar ini berserta jawapannya oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?

  1. Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
  2. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

2. Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan?

  1. Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif
  2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan
    Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

3. Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini?

  1. Meningkatkan kecergasan jasmani
  2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni
  3. Memupuk perpaduan di antara kaum
  4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid
  5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal
  6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
  7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

4. Apakah Perkara-Perkara yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1M 1S

Sebelum pelaksanaan Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

  1. Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan
  2. Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah
  3. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
  4. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
  5. Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini
  6. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan;
  7. Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; dan
  8. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

5. Siapakah yang Harus Terlibat di dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini?

  1. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
  2. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1S.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan semua pihak sedia maklum berkaitan kepentingan Dasar 1 Murid 1 Sukan ini dilaksanakan dalam bidang kokurikulum khususnya sekolah di Malaysia.

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S)
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S)

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) Reviewed by Unknown on 1:28 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.