Luahan Hati Guru yang Patut Semua Rakyat dan Pemimpin Tahu
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
Luahan hati guru, itulah perkara yang admin ingin ketengahkan hari ini. Kali ini kita bertuah kerana mendapat satu luahan hati yang admin kata sangat ikhlas dan mungkin mewakili suara sebahagian dari guru mengenai isu pendidikan di negara kita ini.
Sebelum kita pergi jauh mari admin kongsikan luahan guru tersebut.
Mari baca versi penulisan yang di edit dan dibetulkan serba sedikit jika ada yang kurang faham atau kurang faham penulisan singkatan ini.
Saya seorang guru, bersara pilihan umur 51 tahun. Ramai tanya kenapa pencen, cikgu? Saaya beritahu sistem pendidikan yang ada sekarang tidak langsung memberik ruang dan peluang kepada guru untuk mendidik.
Anak murid langsung tidak boleh di marahi atau denda. Akibatnya murid tidak takut atau tidak hormat kepada guru. Guru juga tidak dapat mengawal kelas jika tiada raa hormat murid kepada mereka. Murid menjadi biadap pada guru.
Konsep guru penyayang, guru kena tunggu di pintu pagar dan ucap selamat datang kepada murid. Siapa hormat siapa? Gurukah atau murid yang dihormati?
Ini membentuk peribadi biadap dalam diri anak-anak. Hasilnya, gru hanya buat apa yang wajib sahaja dan masuk kelas mengajar murid yang nak belajar sahaja.
Apa kesudahannya? Generasi apa yang kita kaan dapat? Malangnyua hanya berlaki di SK sahaja. Di SJK Cina, PIBG bagi rotan pada guru untuk didik anak mereka.
Orang melayu juga yang rugi sebab nak jadi orang putih sangat. Nabi bersabda “Beruntunglah mereka yang menggantungkan cambuk di rumah mereka untuk mengajar isteri dan anak” Wallahuaalam hanya sekadar perkongsian.
Masalah ini mungkin bukan sahaja wujud hasil dari pelbagai program atau penguatkuasaan undang-undang melalui surat hebahan atau pekeliling yang ada. Tetapi mungkin berpunca dari sikap segolongan ibubapa yang turut menekan perkara ini menjadi semakin teruk. Contohnya isu seperti dibawah ini.
Pandangan Mengenai Isu Pendidikan di Malaysia
Antara sebab yang mungkin menjadi isu disini ialah pihak KPM yang begitu komited mengejar keputusan atau ranking Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA).
Dari sini, lahirlah pelbagai program yang dilaksanakan dengan pantasnya di sekolah seperti program LINUS dan pengenalan HOTS ( High Order Thingking Skils) atau KBAT yang mana ianya menjadi salah satu kayu pengukur kepada hasil keputusan PISA. Antara soalan PISA yang menguji pelajar kita ialah kebolehan menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir. Ya, ianya bukan sekadar keboleh menjawab soalan sahaja.
Tidak perlu berdebat mengenai isu KBAT, LINUS dan pelbagai lagi program yang diperkenalkan KPM ini. Tetapi apa yang perlu KPM sedar ialah pasti setiap program atau projek yang diperkenalkan biasanya akan ada ketirisan diluar hitam putih kertas seperti yang dirancang. Oleh sebab itu, KPM perlu lebih sedia untuk bantu selesaikan hal ini bukannya terus menekan dan bertegas mahukan keputusan yang mereka telah letakkan sebagai penanda aras.
Contohnya jika guru-guru memberikan respond mengenai isu guru penyayang dan perlaksanaanya maka KPM harus terima pelaksaan seperti menunggu murid di pintu pagar ini dilihat kurang tepat. Sama pandangan seperti yang diluahkan guru pencen ini tadi.
Bukan kita tidak tahu kes mengenai fail PBS yang mana banyak sekolah yang pening kepala memikirkan cara untuk menyimpan fail tersebut kerana terlalu banyak perkara perlu dibuat dan disimpan. Akhirnya fail PBS di permudahkan sedikit dan walaupun susah tetap pihak sekolah laksanakan. Namun, ketika rungutan dibuat timbul pula persoalan yang dilemparkan, pihak sekolah dan guru mendapat arahan dari siapa yang mereka perlu sediakan fail PBS? Terus jadi tunggang terbalik. Ibaratnya seperti kisah “bangau oh bangau”.
Selain itu, isu seperti kebenaran guru untuk merotan, kes buli, dan persatuan yang benar-benar menjaga periuk nasi guru perlulah ada. Ya, terutama melibatkan pelbagai kes mahkamah. Guru sebenarnya tersepit! Kenapa tidak, katakan ada pertandingan bola sepak peringkat daerah dan pasukan bola sepak sekolah perlu ke tempat pertandingan. Walaupun sudah mempunyai borang kebenaran ibubapa, surat dari sekolah, surat dari PPD, adakah guru benar-benar selamat dan terlepas sekiranya berlaku kemalangan semasa perjalan pergi dan balik ke tempat pertandingan? Bagaimana jika ibubapa mahu menyaman guru tersebut, ada pihak yang akan tolong?
Mungkin banyak lagi yang perlu kita bincangkan. Ini sekadar luahan dari guru-guru yang biasa admin dengar. Tidak kira di kedai kopi, di kantin atau di mana-mana sahaja rasanya isu yang dibualkan guru sama sahaja iaitu kes-kes seperti ini atau kecemerlangan murid. Semua guru mahukan yang terbaik untuk murid, sekolah, dan pendidikan negara jadi mohon KPM dan pihak kerajaan lakukan sesuatu.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook
Luahan Hati Guru yang Patut Semua Rakyat dan Pemimpin Tahu
Encik Mohd Aried Rifke
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Luahan Hati Guru yang Patut Semua Rakyat dan Pemimpin Tahu
Luahan Hati Guru yang Patut Semua Rakyat dan Pemimpin Tahu merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Luahan Hati Guru yang Patut Semua Rakyat dan Pemimpin Tahu atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: