Top Ad unit 728 × 90

Ibu Bapa Tak Puas Hati Kerana Denda Anak Datang Lewat ke Sekolah Duduk Atas Jalan Tar

Ibu Bapa Tak Puas Hati Kerana Denda Anak Datang Lewat ke Sekolah Duduk Atas Jalan Tar medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

anak-lewat-datang-sekolah-kena-duduk-atas-tar-ibubapa-tak-puas-hati

Denda anak datang lewat ke sekolah duduk atas tar. Itulah isu yang pernah hangat sebelum ini. Isu ini adalah isu lama namun hari ini admin terpanggil untuk mendapatkan pandangan pembaca semua terutama ibubapa dan guru.

Bagi admin, isu yang diketengahkan sekarang ialah ibubapa tidak puas hati anak yang lewat datang kesekolah diasingkan dan disuruh duduk di atas jalan tar. Berikut point yang di tekankan ibubapa.

  1. Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
  2. Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda.
  3. Pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya.
  4. Pengetua itu seolah-olah menyindir pula dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku untuk memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan.

Nampak tak betapa susahnya nak puaskan hati semua pihak. Banyak point yang diketengahkan yang mungkin patut diabaikan dan mungkin patut diketengahkan. KPM pula seperti biasa menyatakan akan menyiasat kes ini.

Oh ya, selain menyiasat kes ini KPM juga nampaknya ada mengeluarkan senarai bentuk hukuman yang dilarangkan berdasarkan maklumat Unit Disiplin KPM.

Ramai komen dari guru yang tidak puas hati. Antara yang boleh dilihat oleh KPM ialah :

Pandangan Admin Kes Denda dan Masalah Disiplin

Kenapa admin ketengahkan isu disiplin dan kes denda ini? Hal ini kerana ianya berkait rapat. Jika diteliti, masalah murid datang lewat ke sekolah sudah menjadi satu masalah. Bila datang lewat, ianya mengganggu apa juga program sekolah dan juga proses P&P.

Jika ibubapa memberikan alasan masalah peribadi, jalan sesak dan sebagainya jadi adakah pihak sekolah perlu menelan bulat-bulat alasan tersebut? Bagaimana pula dengan disiplin pelajar? Adakah ibubapa sedar masalah disiplin pelajar di sekolah sekarang sangat kritikal dan sepatutnya ibubapa, guru dan KPM perlu bertegas bagi mengatasi masalah seperti ini.

Tak perlu admin senaraikan apa kes disiplin yang berlaku sekarang kerana masing-masing semua ada membaca surat khabar, menonton televisyen dan sebagainya. Hal ini serius kerana disiplin pelajar yang longgar menyebabkan ada nyawa yang melayang. Ya, ada kes sampai melibatkan murid mati seperti kes buli dan sebagainya. Pada ketika ini barulah ibubapa minta pihak sekolah, KPM, polis dan media untuk mengatasi masalah disiplin dan bertegas. Katanya mungkin guru atau pihak sekolah tidak bertegas dan tidak berusaha mengatasi masalah disiplin disekolah.

Nampak? Semuanya ditunding kepada guru dan sekolah. Habis ibubapa pula macam mana? Manjakan anak sampai anak naik kepala?

Isu baju untuk solat rasanya tidak menjadi masalah. Ianya hal kecil sahaja dimana kalau was-was murid boleh bawa kain pelikat atau salinan baju dan kain yang lain. Setakat duduk atas tar bukan apa-apa masalah sebenarnya. Jangan hanya tahu cari salah guru. Sebaliknya turun ke sekolah bersama-sama guru untuk lihat situasi anak-anak kita.

Betul juga kata pengetua, kalau ibubapa tidak mahu anak-anak duduk atas tar mereka boleh dermakan duit untuk sekolah belikan bangku atau minta anak mereka bawa sendiri kerusi dari rumah.

Rasanya sudah panjang diulas, kalau nak panjang lagi boleh sahaja tetapi ianya kes lama dan admin sekadar kongsikan untuk tarik perhatian ibubapa supaya sokonglah program disekolah dan hadirkan diri dan libatkan diri dalam program PIBG. UPSR sudah tidak lama lagi, diikuti PT3 dan SPM. Semoga berjaya semua.

Tak Puas Hati Anak Datang Lewat ke Sekolah Duduk Atas Tar

Kuala Lumpur: Sejak semalam tersebar bebrapa keping gambar dan video menunjukkan sekumpulan pelajar telah didenda duduk atas jalan tar kerana datang sekolah lambat menyebabkan ada ibu bapa melahirkan rasa tidak puas hati.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, tindakan yang dilakukan berkenaan adalah tidak wajar.

“Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.

“Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Tambahan beliau lagi, beliau menyatakan tindakan itu adalah agak keras dan tidak wajar dilakukan di mana beliau menyatakan seharusnya pelajar diberi amaran terlebih dahulu dan bukan terus diperlakukan sedemikian.

Seorang waris pelajar yang meminta tidak disiarkan namanya berkata: “Saya lihat kejadian itu ketika hendak hantar anak untuk menduduki hari pertama SPM.

“Apabila saya tanya kenapa buat begitu kepada pelajar, pengetua itu menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain.

“Kata pengetua ini, memandangkan sekolah tidak cukup ruang ketika perhimpunan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di atas jalan.

“Pengetua itu kata, mereka (pelajar) juga diarahkan supaya membawa plastik alas sekiranya lambat ke sekolah.

“Bila saya tanya tidakkah ada cara lain selain duduk atas jalan kerana pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya.

“Tapi, pengetua itu seolah-olah menyindir pula dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku untuk memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan,” katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan yang dihubungi oleh pihak Harian Metro berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat segera perkara itu.

Katanya, kementerian memandang serius berhubung kejadian segelintir pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail yang diarahkan duduk di atas jalan kerana lewat sampai ketika perhimpunan sekolah.

“Saya juga melihat pengetua sekolah ini tidak sewajarnya memberikan kenyataan mengikut perasaan. Perkara ini perlu diperhalusi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.

Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seharusnya mengadakan perbincangan berhubung perkara ini.

“Soal duduk di atas jalan tar perlu dilihat secara jelas bersama unit disiplin pihak sekolah terbabit,” katanya. – Siakapkeli.my

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Ibu Bapa Tak Puas Hati Kerana Denda Anak Datang Lewat ke Sekolah Duduk Atas Jalan Tar
Encik Mohd Aried Rifke


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Ibu Bapa Tak Puas Hati Kerana Denda Anak Datang Lewat ke Sekolah Duduk Atas Jalan Tar

Ibu Bapa Tak Puas Hati Kerana Denda Anak Datang Lewat ke Sekolah Duduk Atas Jalan Tar merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Ibu Bapa Tak Puas Hati Kerana Denda Anak Datang Lewat ke Sekolah Duduk Atas Jalan Tar atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Ibu Bapa Tak Puas Hati Kerana Denda Anak Datang Lewat ke Sekolah Duduk Atas Jalan Tar Reviewed by Unknown on 9:50 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.