Top Ad unit 728 × 90

BAHAYA lagu Johny Johny Yes Papa ini mengajar anak-anak berbohong

BAHAYA lagu Johny Johny Yes Papa ini mengajar anak-anak berbohong medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

BAHAYA lagu Johny Johny Yes Papa ini mengajar murid berbohong

Dalam mendidik anak-anak, pastinya muzik dan lagu nursery rhyme akan menjadi pilihan kepada ibu bapa untuk ditunjukkan kepada anak-anak.

Sebenarnya, nursery rhymes ini mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikan kepada murid-murid. Antara kelebihan nursery rhymes ini adalah

Kanak-kanak yang mendengar lagu nursery rhymes ini dapat mempercepatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang mendengar lagu sebegini lebih cepat terdedah dan akan mengikut sebutan lagu tersebut walaupun mereka kadang kala hanya menyebut suku kata di hujung perkataan.

Kanak-kanak yang mengingati lagu-lagu sebegini, dapat membantu perkembangan social skill mereka. Kanak-kanak lebih seronok menyanyi bersama-sama kawan mereka dalam sesuatu lagu.

Kanak-kanak yang mengetahui lagu nursery ini lebih cepat menambah perbendaharaan kata mereka berbanding kanak kanak yang kurang terdedah dengan muzik dan lagu sebegini.

Kanak-kanak yang selalu menyanyikan lagu nursery ini lebih cenderung untuk menjadi seorang yang cepat membaca. Ini disebabkan mendengar lagu sebegini dapat menguatkan pendengaran mereka untuk mendengar perkataan yang disebut.

Namun, dalam memperdengarkan anak-anak kita dengan pelbagai nursery rhymes ini, kita sebagai ibu bapa perlu peka dan beri perhatian terhadap lagu dan lirik yang terdapat dalam lagu nursery ini. Antara lagu popular yang selalu dinyanyikan oleh kanak-kanak atau selalu ibubapa tunjukkan kepada anak-anak melalui youtube adalah lagu Johny Johny Oh Papa.

Jika diperhatikan sebetulnya, lirik lagu ini seolah-olah menggalakkan kanak-kanak menipu dan tiada pengajaran diceritakan kepada kanak-kanak yang menipu.

Cuba perhatikan lirik lagu tersebut ini.

Johnny Johnny

yes papa

Eating sugar ?

no papa

telling lies ?

no papa

open your mouth!

HA HA HA

Berdasarkan bait lirik di atas, boleh diperhatikan di mana seorang ayah menyoal adakah anaknya memakan gula-gula. Anaknya mengatakan tidak memakan gula-gula. Selepas itu ditanyakan lagi adakah anak tersebut berbohong dengan ayahnya. Kanak-kanak tersebut pula mengatakan bahawa dia tidak berbohong. Dan apabila disuruh membuka mulutnya, terdapat gula-gula dan anak tersebut hanya ketawa.

Yang menjadi persoalannya adalah tiada pengajaran dan mesej yang baik yang disampaikan melalui lagu ini. Sepatutnya, apabila sudah berbohong, hukuman perlu dikenakan kepada kanak-kanak tersebut supaya situasi tersebut menjadi pengajaran kepada anak-anak yang menontonnya bahawa berbohong itu salah.

Gambar di atas menunjukkan saat di mana anak tersebut menunjukkan bekas gula-gula dan gula gula yang telah dimakan yang berada di dalam mulutnya. Namun, penghujung lirik hanya berhenti setakat ini dan tiada pengajaran dikenakan terhadap cubaan anak tersebut menipu ayahnya.

Semoga ibubapa dapat memberika pertimbangan kepada video yang hendak dipertontonkan kepada anak-anak. Jika merasakan sekadar untuk hiburan anak-anak tidak menjadi masalah, terpulang kepada diri sendiri. Anda adalah ibubapa dan andalah yang mencorakkan kehidupan dan perkembangan anak-anak.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post BAHAYA lagu Johny Johny Yes Papa ini mengajar anak-anak berbohong appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

BAHAYA lagu Johny Johny Yes Papa ini mengajar anak-anak berbohong

BAHAYA lagu Johny Johny Yes Papa ini mengajar anak-anak berbohong merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link BAHAYA lagu Johny Johny Yes Papa ini mengajar anak-anak berbohong atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
BAHAYA lagu Johny Johny Yes Papa ini mengajar anak-anak berbohong Reviewed by Unknown on 11:17 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.