Top Ad unit 728 × 90

Guru main peranan mencorak hala tuju negara

Guru main peranan mencorak hala tuju negara Unit Sekolah Rendah. Medium Perkongsian Bestari Dunia Pendidikan. Muat Turun atau Baca sepenuhnya di Guru main peranan mencorak hala tuju negara
Guru main peranan mencorak hala tuju negara



Asyraf Wajdi Dusuki (tiga kiri) beramah mesra sambil mengagihkan kalendar
                                      kepada guru di SK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. - Utusan/Torek Sulong


Asyraf Wajdi Dusuki (tiga kiri) beramah mesra sambil mengagihkan kalendar kepada guru di SK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. - Utusan/Torek Sulong - See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/guru-main-peranan-mencorak-hala-tuju-negara-1.427593#sthash.MjuLdAO0.dpuf

PASIR PUTEH 3 Jan. – Guru memainkan peranan penting dalam mencorak hala tuju negara meskipun terpaksa memikul tanggungjawab yang semakin mencabar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asy­raf Wajdi Dusuki berkata, bidang perguruan merupakan pekerjasaan yang mulia di sini agama dan pastinya mendapat keberkatan kerana membantu memberi ilmu kepada anak bangsa.

Katanya, beliau melihat, guru di negara ini melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, bukan sahaja membantu memantapkan pembangunan ilmiah pelajar malah mampu membentuk disiplin mereka.

“Saya kagum dengan tugas guru dalam mengajar murid. Ini adalah tugasan yang berkat, bernilai dan mampu mendapat pembalasan ganjaran pahala yang berterusan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Temu Mesra bersama guru Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Harun Yusof dan Guru Besar sekolah berkenaan, Wan Abdul Aziz Wan Noh.

Tambah Asyraf, guru juga perlu memainkan peranan de­ngan menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada komuniti setempat.

Katanya, langkah tersebut penting bagi mengelakkan masyarakat memperoleh maklumat palsu berhubung sesuatu perkara.

“Guru ini dianggap sebagai wakil kepada masyarakat. Golo­ngan pendidik ini sangat dihormati oleh penduduk,” katanya.



Perkongsian Guru main peranan mencorak hala tuju negara diterbitkan oleh Unit Sekolah Rendah dan diulangsiar di Sokesto Bestari
Guru main peranan mencorak hala tuju negara Reviewed by Unknown on 8:51 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.