Top Ad unit 728 × 90

Format dan Contoh Laporan Kajian Kes Sejarah KSSR

Format dan Contoh Laporan Kajian Kes Sejarah KSSR medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Format dan Contoh Laporan Kajian Kes Sejarah KSSR

Kajian kes adalah kaedah penyelidikan yang biasa digunakan dalam bidang sains sosial dalam bentuk penerangan. Kajian kes ini mendedahkan dan melatih murid sebagai asas menjalankan kajian mengenai tokoh, tempat dan peristiwa dengan mengumpul data, menganalisis maklumat dan dapatan serta melaporkan dapatan.

MATLAMAT

Kajian kes meningkatkan kebolehan murid untuk mengenal pasti masalah, merancang, mengolah isi dan memberi rumusan terhadap satu permasalahan. Murid mendapat pengalaman semasa menjalankan kajian kes. Ini dapat memupuk kemahiran menyelesaikan sesuatu masalah secara kerjasama berpasukan.

PENTAKSIRAN

Kajian kes ini membolehkan guru membuat pentaksiran secara berterusan semasa proses PdP. Guru perlu membuat perancangan, membina, mentadbir, menilai dan merekod serta melaporkan pencapaian murid.

Berikut merupakan langkah pelaksanaan kajian kes sejarah Tahun 4.

Penyataan masalah

Penyataan masalah merupakan isu atau masalah yang ingin dikaji oleh murid.

Sorotan Kajian

Mengumpul maklumat yang tepat bagi perkara yang dikaji atau dibincangkan.

Objektif Kajian

Objektif kajian yang ditulis merujuk kepada tujuan sesuatu kajian yang hendak dilaksanakan.

Kaedah Kajian

Kaedah kajian ialah cara yang digunakan untuk mendapatkan fakta, sumber, bukti, mewujudkan idea, dan mengadakan analisa sesuatu kajian. Antara kaedah yang boleh digunakan seperti kaedah temu bual, kaedah pemerhatian, kaedah perpustakaan dan kaedah media

Sumber Rujukan

Sumber boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber pertama (primer) dan sumber kedua (sekunder). Sumber pertama ini terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kertas, fosil, artifak dan keterangan lisan. Sumber kedua pula merupakan hasil penulisan seperti buku, majalah, artikel, rencana, surat khabar dan latihan ilmiah.

Analisis Data

Murid perlu membuat perbandingan daripada pelbagai sumber untuk menentukan kesahihan fakta daripada sumber yang diperoleh.

Laporan Kajian

Laporan kajian merupakan hasil kerja murid boleh berbentuk penulisan atau pembentangan. Boleh dibuat dalam persembahan grafik sama ada garis masa, jadual, slaid powerpoint atau peta i-Think.

Tema : Sejarah Awal Negara

Standard Kandungan : Sejarah Sekolah

Penyataan Masalah : Sekolah merupakan tempat kita menuntut ilmu dan menjadi kemegahan semua murid. Bincangkan sejarah penubuhan Sekolah Mohd Khir Johari.

Isu : Kemegahan murid terhadap sejarah sekolah.

Objektif Kajian : Saya dapat menjelaskan sejarah sekolah dan menghuraikan maklumat sekolah yang lengkap.

Kaedah Kajian : Kaedah bertulis, kaedah lisan (temubual) dan pemerhatian

Pembentangan Laporan Kajian :

Berikut merupakan format dan contoh laporan kajian kes sejarah

Contoh Laporan Sejarah Tahun 4 KSSR Semakan (Kajian Kes)

Contoh Format Kajian Kes Sejarah

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Format dan Contoh Laporan Kajian Kes Sejarah KSSR appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Format dan Contoh Laporan Kajian Kes Sejarah KSSR

Format dan Contoh Laporan Kajian Kes Sejarah KSSR merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Format dan Contoh Laporan Kajian Kes Sejarah KSSR atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Format dan Contoh Laporan Kajian Kes Sejarah KSSR Reviewed by Unknown on 12:47 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.