Top Ad unit 728 × 90

Masalah pelarian Rohingya cabaran utama negara Asia Pasifik - Najib

Masalah pelarian Rohingya cabaran utama negara Asia Pasifik - Najib - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Masalah pelarian Rohingya cabaran utama negara Asia Pasifik - Najib


KUALA LUMPUR: Dua cabaran utama dihadapi negara Asia Pasifik sekarang adalah masalah pelarian Rohingya dan mengekalkan kestabilan di rantau ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau berharap Persidangan Meja Bulat, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Asia Pasifik yang berlangsung di ibu negara selama tiga hari mulai hari ini dapat mengenal pasti kaedah terbaik bagi menyelesaikan kedua-dua isu berkenaan.
"Kebanyakan isu berkenaan memang sering dibangkitkan selama ini. Misalnya, saya sendiri baru-baru ini membangkitkan mengenai isu pelarian Rohingya yang sedang cuba memasuki sempadan perairan negara kita.
"Malah, saya sendiri terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan tanah perkuburan pelarian Rohingya yang menjadi mangsa sindiket penyeludupan manusia di kawasan sempadan Perlis-Thailand.
"Kita juga perlu segera mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab. Isu pelarian Rohingya ini perlu diselesaikan di peringkat ASEAN dengan kerjasama negara lain dan badan antarabangsa. Hanya dengan kerjasama semua negara barulah kita dapat menyelesaikan masalah penyeludupan manusia ini," katanya ketika berucap melancarkan persidangan itu, di sini, malam tadi.
Majlis makan malam itu turut diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Yang turut hadir, Pengerusi ISIS ASEAN, Yong Chanthalangsy dan Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif ISIS Malaysia, Tan Sri Rastam Mohd Isa.
Sementara itu, beliau berkata, semua negara Asia Pasifik harus memaksimumkan kerjasama pelbagai hala dan sentiasa berhati-hati mengurus apa-apa sumber yang berpotensi mencetuskan ketegangan serantau bagi mengekalkan kestabilan di rantau ini.

Pautan berita penuh dan bergambar di di Masalah pelarian Rohingya cabaran utama negara Asia Pasifik - Najib. Wardah Berita dan Informasi Masalah pelarian Rohingya cabaran utama negara Asia Pasifik - Najib diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Masalah pelarian Rohingya cabaran utama negara Asia Pasifik - Najib Reviewed by Bellicose on 10:36 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.