Top Ad unit 728 × 90

Intel beli Altera AS$16.7b untuk kembangkan 'internet of things'

Intel beli Altera AS$16.7b untuk kembangkan 'internet of things' - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Intel beli Altera AS$16.7b untuk kembangkan 'internet of things'

NEW YORK: Intel, pengeluar cip terbesar dunia mengumumkan rancangan mengambil alih Altera pada pertimbangan AS$16.7 bilion (RM61 bilion), gerak kerja yang dilihat akan mempercepatkan lagi penggabungan dalam industri separa konduktor.

Mengikut Intel, janji niaga itu yang terbesar dalam 47 tahun penubuhannya, akan melebarkan portfolio cip syarikat dalam bidang pusat data dan 'internet of things', bidang baharu yang membolehkan data dipindahkan tanpa perlukan hubungan antara manusia-dan-manusia atau manusia-dengan-komputer.

Rancangan Intel itu menyusul pengumuman Avago Technologies yang berpangkalan di Singapura pada 28 Mei lalu untuk membeli pesaingnya, Broadcom pada pertimbangan AS$37 bilion.

Intel akan membayar AS$54 sesaham Altera, firma yang mereka bentuk pemproses untuk rangkaian telefon, sistem pelayan, kereta dan pelbagai peranti lain.

Intel yang juga peneraju global dalam pengeluaran separa konduktor untuk komputer peribadi, sedang menukar fokus kepada peranti mudah alih. Intel yang mempunyai 106,700 pekerja, mencatat pendapatan AS$55.9 bilion (RM204.2 bilion) tahun lalu.

"Pengambilalihan ini akan membolehkan kami memperkukuh visi Moore (Gordon Moore, pengasas bersama Intel) untuk menghasilkan penyelesaian generasi akan datang yang bukan saja baik tetapi jauh lebih baik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Intel, Brian Krazanich.

Intel berpangkalan di Santa Clara, California manakala Altera di bandar bersebelahan, San Jose.

Ditubuhkan pada 1983, Altera mempunyai 3,000 pekerja di lebih 20 negara dan meraih pendapatan AS$1.9 bilion (RM6.9 bilion) tahun lalu. - AFP


Pautan berita penuh dan bergambar di di Intel beli Altera AS$16.7b untuk kembangkan 'internet of things'. Wardah Berita dan Informasi Intel beli Altera AS$16.7b untuk kembangkan 'internet of things' diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Intel beli Altera AS$16.7b untuk kembangkan 'internet of things' Reviewed by Bellicose on 1:04 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.