Top Ad unit 728 × 90

45 polis Iraq terbunuh serangan berani mati IS

45 polis Iraq terbunuh serangan berani mati IS - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

45 polis Iraq terbunuh serangan berani mati IS

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 45 pegawai polis Iraq terbunuh dalam satu serangan militan kumpulan Negara Islam (IS) di wilayah Anbar.

Mengikut pihak berkuasa keselamatan, pengebom bunuh diri membawa tiga SUV Humvee yang dirampas IS sebelum ini, merempuh ibu pejabat Batalion Ketiga Polis Iraq di Tharthar yang terletak berhampiran sebatang jalan menghubungkan Falluja dan Samarra.

Serangan itu menyebabkan letupan kuat di depot peluru dalam pangkalan itu.

Sumber dipetik BBC berkata, pegawai berpangkat tinggi antara yang terkorban dalam serangan itu.

Anbar kini menjadi medan pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan IS sejak beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, militia Shia yang disokong Iran mempertingkatkan serangan untuk menawan kembali ibu negeri Anbar, Ramadi yang ditawan IS bulan lalu. - Agensi


Pautan berita penuh dan bergambar di di 45 polis Iraq terbunuh serangan berani mati IS. Wardah Berita dan Informasi 45 polis Iraq terbunuh serangan berani mati IS diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
45 polis Iraq terbunuh serangan berani mati IS Reviewed by Bellicose on 12:04 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.