Top Ad unit 728 × 90

87 Grafik Upin dan Ipin

87 Grafik Upin dan Ipin medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

85 Grafik Upin dan Ipin. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, pada kali ini, Sistem Guru Online dapat menghimpunkan grafik-grafik yang sangat menarik untuk dimuat turun dan digunakan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sama ada secara langsung atau sebaliknya iaitu Grafik Upin dan Ipin.

Umum sedia maklum, Upin dan Ipin merupakan animasi yang amat popular di Malaysia khususnya dalam kalangan kanak-kanak. Animasi pelbagai watak dan latar belakang yang menarik serta menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap siri ini menjadikannya salah satu rancangan televisyen yang terkenal di beberapa buah negara khususnya di Malaysia dan Indonesia.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, animasi Upin dan Ipin ini merupakan salah satu inisiatif guru-guru dalam menarik minat dan perhatian murid-murid khususnya sekolah rendah untuk mengikuti aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Guru-guru seringkali menggunakan Upin dan Ipin dalam persembahan slaid Powerpoint, lembaran kerja dan sebagainya kerana ia merupakan “daya tarikan” bagi murid untuk mengikuti proses pembelajaran dengan baik kerana penggunaan grafik yang menarik meningkatkan minat dan perhatian murid-murid.

Sehubungan dengan itu, Sistem Guru Online (SGO) telah menghimpunkan sebanyak 85 grafik bagi Upin dan Ipin ini untuk dimuat turun. Kelebihan grafik-grafik ini ialah ia berformatkan PNG iaitu grafik yang tidak mempunyai latar belakang atau “Transparent Background” yang juga dikenali sebagai vector. Ini bermaksud, grafik-grafik ini bersifat fleksibel untuk digunakan dalam slaid powerpoint, keceriaan kelas, lembaran kerja dan sebagainya.

Berikut merupakan “preview” bagi 85 Grafik Upin dan Ipin :

Dapatkan “85 Grafik Upin dan Ipin” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘JPEG’ dan dikumpulkan dalam satu “compressed folder” berformatkan .ZIP bersaiz 12.1MB.

Download : 85 Grafik Upin dan Ipin

 

 

Oleh itu,guru-guru perlulah kreatif dalam menggunakan grafik-grafik ini mengikut kesesuaian situasi dan isi pelajaran. Selamat memuat turun dan menggunakan 85 Grafik Upin dan Ipin ini.

SISTEM GURU ONLINE (SGO)
Komuniti Pendidikan Malaysia

 

87 Grafik Upin dan Ipin
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

87 Grafik Upin dan Ipin

87 Grafik Upin dan Ipin merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link 87 Grafik Upin dan Ipin atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
87 Grafik Upin dan Ipin Reviewed by Unknown on 1:05 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.