Top Ad unit 728 × 90

Koleksi Soalan Peperiksaan PTD 2014-2020

Koleksi Soalan Peperiksaan PTD 2014-2020 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Koleksi Soalan Peperiksaan PTD 2014-2020

Antara kerjaya popular di kalangan graduan adalah Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Difahamkan, pada setiap ambilan, 100 ribu lebih permohonan untuk mengisi 400 kekosongan. Pemohon perlu menduduki peperiksaan online sebelum melalui beberapa siri temuduga. Selepas lulus temuduga, calon juga perlu lulus Diploma Pengurusan Awam untuk dilantik sebagai pegawai.

Cabaran pertama merupakan peperiksaan online yang mesti diduduki oleh semua pemohon. peperiksaan ini mengandungi soalan berkaitan seperti pengetahuan am, matematik dan bahasa inggeris.

Join channel telegram PTD di Telegram nota dan soalan PTD dihttps://t.me/persediaanPTD41

Contoh soalan boleh rujuk di bawah

Mimi mempunyai RM 310 manakala adiknya mempunyai 4/5 daripada wang yang ada pada mimi. Mereka berkongsi wang untuk membeli 3 buku sains berharga RM 25 sebuah, 4 buku matematik berharga RM 32 sebuah, 2 buku sejarah yang sama harga dan 4 buku geografi yang berharga 3⁄4 daripada buku sejarah sebuah. Sekiranya baki wang selepas pembelian adalah sebanyak RM 175, berapakah harga sebuah buku sejarah?

Diana berkerja selama 35 jam seminggu dan dibayar pada kadar biasa setiap jam. Pada minggu tersebut, beliau telah diminta untuk berkerja lebih masa selama 5 jam dengan bayaran dua kali ganda daripada kadar biasa setiap jam. Jika beliau memperoleh RM 561.60 pada minggu tersebut, berapakah kadar bayaran biasa beliau bagi setiap jam?

Terdapat 80 buah kenderaan di sebuah kawasan perumahan yang terdiri daripada kereta dan van, kenderaan tersebut sama ada berwarna hitam atau putih. 35 buah kenderaan berwarna hitam, 60 daripadanya adalah kereta. 9 buah daripada kenderaan tersebut adalah van, berapakah bilangan kereta yang berwarna hitam.

Program Transformasi Ekonomi yang berteraskan kepada focus dan daya saing telah merangkumkan beberapa Bidang Ekonomi Utama Negara. Nyatakan jumlah Bidang Ekonomi Utama Negara yang telah dikenal pasti?

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang konsep “Ketinggian Perlembagaan” di Malaysia

  1. Perlembagaanpersekutuanmerupakanundang–undangtertinggiNegara
  2. Yang di-Pertuan Agong tidak tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan
  3. Parlimen tidak boleh membuat undang- undang bagi perkara – perkara yang berada di luar bidang kuasanya
  4. Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan undang – undang yang didapati bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berikut merupakan contoh soalan PTD daripada tahun 2014 hingga 2020. kongsikan kepada rakan yang bakal menduduki ujian PTD.

Soalan 2014 Sec A dan B

Soalan 2015

Soalan 2016 Bahagian B

soalan 2017 bahagian A

soalan 2019 Bahagian A

soalan 2019 bahagian B

soalan 2019 bahagian C

Soalan 2020 bahagian B

Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Koleksi Soalan Peperiksaan PTD 2014-2020 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi Soalan Peperiksaan PTD 2014-2020

Koleksi Soalan Peperiksaan PTD 2014-2020 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Koleksi Soalan Peperiksaan PTD 2014-2020 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi Soalan Peperiksaan PTD 2014-2020 Reviewed by Unknown on 10:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.